Ketua jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain tidak menolak kenyataan bahawa anak buahnya bakal menghadapi cabaran getir pada pertemuan pusingan kedua Piala FA 2022 bertemu Kedah pada malam ini.
Aksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin itu sudah pastinya bakal berlangsung sengit apabila Kedah masih segar dengan kejayaan mara ke separuh akhir Piala AFC Zon Asia Tenggara.
Meskipun sedar dengan hakikat tersebut, Nafuzi mengharapkan para pemainnya dapat memberikan yang terbaik untuk mencatatkan kemenangan sekali gus menempah pertemuan menentang Kuching City FC di suku akhir.
“Saya rasa pemain pun sendiri tahu betapa pentingnya perlawanan pada malam esok [malam ini]. Dari segi persiapan, fokus dan pemain saya rasa tiada masalah.”
“Saya harap selepas mendapat kemenangan bertemu Pahang [Liga Super], dari segi keyakinan pemain akan bertambah,” ujar Nafuzi bercakap dalam temubual bersama Malaysian Football League.
“Dengan sokongan daripada penyokong sendiri, diharapkan kita akan memberikan kemenangan untuk semua terutamanya buat penyokong.”
“Saya rasa ini adalah merupakan peluang terbaik buat TFC, apapun yang penting kita harus selesaikan tugas malam esok bertemu dengan Kedah.”
“[Kedah] pasukan yang baik dan bagus melihatkan kepada situasi keadaan selepas mereka layak ke separuh akhir Piala AFC dimana momentum mereka tengah bagus.”
“Ia merupakan satu tugas yang sukar, diharapkan kita dapat memberikan yang terbaik dari semua [pemain],” tambah Nafuzi Zain lagi.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak seluruh dunia melalui pautan dibawah.
Irfan Bakti: Kedah Atau Terengganu Sama Sahaja, Kami Tetap ‘Underdog’
Pasukan Perubatan Melaka Raih Pujian, Pulihkan Kecederaan Hamstring Ifedayo Dalam Masa Singkat
Analisis Taktikal Malaysia B-19 vs Kemboja B-19: Rigid vs ‘Route One Football’