Melaka United berjaya menewaskan Selangor dalam saingan Liga Super musim 2022 di laman sendiri menerusi dua gol yang dijaringkan oleh penyerang import, Ifedayo Olusegun.
Kehadiran semula penyerang kelahiran Nigeria itu nyata mengejutkan ramai pihak dimana pada aksi sebelumnya ketika menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 2 Julai lalu, beliau tidak dapat diturunkan kerana mengalami kecederaan hamstring.
📹 HIGHLIGHTS: @MelakaUnitedFC 2-0 @SelangorFC
Dua gol oleh Ifedayo Omosuyi memastikan kemenangan milik Melaka United FC malam ini.#LigaSuper2022 pic.twitter.com/sGJR9JjxGX
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 5, 2022
Kembalinya Ifedayo dalam kesebelasan utama membuatkan ramai pihak khususnya peminat bola sepak tanah air memberikan pujian terhadap pasukan perubatan Melaka kerana berjaya memulihkan kecederaan hamstring dalam masa yang singkat.
Biasanya, apabila seseorang pemain mengalami kecederaan hamstring, pemain tersebut perlu menjalani proses pemulihan dan terpaksa berehat selama 10 hari hingga dua bulan, bergantung kepada tahap kecederaan yang dialami.
Nak percaya kata pakar atau percaya kisah dongeng Isketambola pic.twitter.com/j48Vux3y74
— RimauXI 🇲🇾 (@RimauXI) July 5, 2022
Kemenangan ke atas Selangor meletakkan Melaka di tangga ke-8 dimana mereka memiliki kutipan mata yang sama dengan lawan mereka namun hanya dibezakan dengan perbezaan jaringan.
Bagi Selangor, mereka gagal untuk meraih kemenangan dalam tiga aksi liga yang dihadapi kebelakangan ini sekaligus membangkitkan kemarahan peminat.
Tinjauan di laman media sosial mendapati rata-rata peminat Selangor mahu perubahan segera dilakukan khususnya di bahagian kejurulatihan dimana mereka mahu ketua jurulatih, Michael Feichtenbeiner untuk meletak jawatan.
Feichtenbeiner sudah berada dalam pasukan selama tiga tahun namun tiada sebarang impak besar yang berjaya dilakukan oleh pengendali dari Jerman itu.
Peminat mahu pembantu kepada Feichtenbeiner, Nidzam Jamil untuk diberikan peluang bagi mengendalikan pasukan kerana mereka percaya jurulatih muda itu mampu untuk membuat perubahan kerana sudah sebati dengan saingan Liga Malaysia.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:
Ifedayo ‘Tibai’ Selangor 2-0 Selepas Pulih Daripada Kecederaan Hamstring
Fayadh: Kedah Di Momentum Terbaik, Suntikan Moral Untuk Hadapi Terengganu
Irfan Bakti: Kedah Atau Terengganu Sama Sahaja, Kami Tetap ‘Underdog’