Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora menganggap bukan mudah untuk memastikan anak buahnya konsisten 90 minit tanpa bolos selepas menang besar 10-0 ke atas BRM FC pada aksi pusingan pertama Piala FA, semalam.
Jelasnya, apa yang paling sukar adalah mengekalkan persembahan sepanjang perlawanan terutamanya apabila mereka telah menjaringkan lima gol di separuh masa pertama dan enggan selesa pada separuh masa kedua.
Namun, pujian harus diberikan kepada penjaga gol, Haziq Nadzli atas kesungguhan dalam mengawal gawang apatah lagi selepas berjaya menyelamatkan sepakan penalti daripada Fitri Omar pada saat akhir perlawanan.
Ketua jurulatih @OfficialJohor, Benjamin Mora menganggap bukan mudah untuk memastikan anak buahnya konsisten 90 minit tanpa bolos selepas menang besar 10-0 ke atas BRM FC pada aksi pusingan pertama Piala FA, semalam.#PialaFA2022
— Malaysian Football League (@MFL_MY) March 14, 2022
“Apa yang paling sukar adalah untuk mengekalkan corak permainan dan juga arahan kerana kadang-kadang selepas tiga atau empat gol pertama, mereka akan mudah berasa selesa.
“Tetapi kami di JDT tidak akan berhenti selagi belum tamat perlawanan and kita beraksi sepertimana kita menentang lawan yang terbaik dan saya rasa ia bagus apabila kami dapat menjaringkan seberapa banyak gol yang mampu.
“Haziq pula sememangnya penjaga gol yang bagus dan dia meletakkan seluruh kekuatan untuk menyelamatkan sepakan penalti dan inilah bola sepak di mana kita sebenarnya boleh bolos dengan satu gol.
“Tetapi ia tidak berlaku dan apabila mereka telah menjaringkan lapan gol, saya katakan kepada pemain untuk menambah dua lagi jaringan dan mereka berjaya, jadi saya sangat gembira”, katanya.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia musim ini melalui pautan dibawah.
Terengganu Bantah Waktu Sepak Mula 8.15 Malam, Mahu MFL Tukar Kepada 9.00 Malam
Hanya Penyokong Lengkap Suntikan Dos Penggalak Sahaja Dibenarkan Masuk Ke Stadium
Penyertaan Perak FC Dalam Liga Malaysia Tidak Terjejas Walaupun PAFA Digantung