Perlawanan di Emirates terpaksa diheret ke masa ekstra, selepa kedua dua pasukan terikat 0-0 sepanjang 90 minit. Juara bertahan Arsenal berhempas pulas dalam usaha mereka melepasi cabaran Newcastle.
Dan dalam aksi di masa ekstra tersebut, Arsenal berjaya menjaringkan dua gol. Dua pemain gantian iaitu, Lacazette dan Emile Smith Rowe menjadi wira The Gunners.
Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menurunkan skuad terkuat yang mereka ada. Begitu juga dengan Steve Bruce yang menggunakan pendekatan lebih defensif.
Arsenal cukup menguasai di babak pertama. Reiss Nelson, Pepe dan Aubameyang masing-masing mempunyai peluang untuk menjaringkan gol.
Namun, semua ancaman Arsenal dapat ditangani oleh Martin Dubravka di gawang Newcastle. Separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan tanpa jaringan.
Bersambung babak kedua, kedua dua pasukan terus bergelut dengan kreativiti di hadapan gol.
Prestasi Willian paling mengecewakan dan terpaksa dikeluarkan pada minit ke-65.
Willian's performance v Newcastle:
65 minutes played
1 shot off target
0 shots on target
0 chances created
0 dribbles succeeded
0 accurate long balls pic.twitter.com/5JjGyO3bkn— bet365 (@bet365) January 9, 2021
Arsenal hampir beraksi 10 pemain gantian, Emile Smith Rowe dilayangkan kad merah pada masa kecederaan berikutan terjahannya ke atas Sean Longstaff. Namun pengadil mendapatkan konsultansi VAR dan kad diukar kepada kuning.
Bernd Leno menafikan percubaan Andy Carroll untuk memastikan mereka tidak disingkirkan di gelanggang sendiri.
Separuh masa kedua juga berakhir tanpa jaringan.
Masuk ke masa ekstra, Arsenal cuba mendapatkan rentak mereka dengan kemasukan pemain seperti Lacazette.
Dan pada minit ke-109, Lacazette membantu mencipta gol yang disudahkan oleh Smith Rowe.
Smith Rowe 🤯#EmiratesFACup @Arsenal pic.twitter.com/Cco2lubArn
— Emirates FA Cup (@EmiratesFACup) January 9, 2021
Pada masa ekstra babak kedua, Arsenal menambah satu lagi gol menerusi kapten Pierre Emerick-Aubameyang yang mudah menyumbat bola hantaran Kieran Tierney.
109': Smith Rowe âš½
117’: Aubameyang ⚽Never in doubt for Arsenal 😅 pic.twitter.com/WzZWUEsbjF
— B/R Football (@brfootball) January 9, 2021
Arsenal menang 2-0 dan mara ke pusingan seterusnya.
Baca juga perkembangan lain
Bundesliga: Mendahului 2-0, Bayern Kalah 3-2 Di Tangan Gladbach