Wakil Asia, Al Hilal mencipta sejarah baharu apabila berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia Kelab selepas menewaskan kelab dari Turki, Es Tunis dengan jaringan 1-0 di Qatar awal pagi semalam.
Gol kemenangan itu dijaringkan oleh bekas penyerang Swansea City FC dan Galatasaray, Bafetimbi Gomis yang melepaskan rembatan voli di penjuru petak penalti ketika permainan masih berbaki 17 minit untuk ditamatkan.
Flamengo next: this the great goal from Gomis I told you yesterday that gave the win to Al Hilal v Esperance and sent them to semifinal v Flamengo https://t.co/4pLIc6gHTa
— Tancredi Palmeri (@tancredipalmeri) December 15, 2019
Bagaimanapun, kejayaan mereka tidak hadir dengan mudah kerana terpaksa bermain dengan 10 orang apabila Mohammed Kanno dibuang padang pada minit ke 85 kerana mengasari pemain lawan.
Dengan kemenangan itu, Al Hilal akan bertemu kelab gergasi Brazil, Flamengo FC yang merupakan juara Copa Libertadores 2019 pada hari esok di Stadium Antarabangsa Khalifa, Doha. Pemenang di peringkat ini akan bertemu sama ada Liverpool FC atau Monterrey di final.
Gomis yang sering dilanda masalah hamstring membuktikan pelaburan Al Hilal membuahkan hasil apabila memberikan aksi terbaik dalam perlawanan itu.
🇸🇦🦁🇫🇷
“@Alhilal_EN are one of the best clubs in Asia and they’ve given me all their love and respect."When you experience an atmosphere like this at any club, you do everything you can to help them."@BafGomis is all set to make his #ClubWC bow later today.
— FIFA (@FIFAcom) December 14, 2019
“Ini adalah usaha sepasukan yang baik. Saya gembira dapat membantu pasukan. Semua pemain beraksi dengan sangat baik. Saya gembira dapat menjaringkan gol itu.
“Saya sangat gembira kerana bekerja keras untuk kembali ke peringkat ini, saya menjalani pembedahan dan memerlukan masa untuk kembali, jadi saya sangat gembira,” ujarnya.
Gomis memberi amaran kepada rakan sepasukannya bahawa mereka akan menghadapi lawan lebih mantap di peringkat separuh akhir, awal pagi Rabu ini, namun kemenangan tipis itu telah menyuntik keyakinan kepada Al Hilal.
“Ia akan menjadi perlawanan yang menarik di antara dua pasukan gergasi,” kata pemain berusia 34 tahun itu.
“Flamengo memiliki kualiti tinggi dan pengurus yang hebat.
“Kami tidak begitu mengenali mereka. Sebelum bertemu Flamengo, kami perlu menewaskan ES Tunis, kami telah melakukannya. Kami harap dapat tampil baik baik dan menang ke atas Flamengo.
“Semuanya boleh dilakukan dalam bola sepak, kami juga mempunyai kualiti,” jelasnya.
Lihat artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
Bekas Pemain VfB Stuttgart, Hajime Hosogai Sertai Bangkok United
Ranking FIFA Vietnam Alami Kenaikan Mendadak Sejak Dikendalikan Park Hang-seo