Uruguay menambah derita pada bola sepak Itali dengan kejayaan negara kerdil itu menjadi juara dunia untuk kategori B-20.
Baca Juga:
- UEFA Setuju Dengan Jose Mourinho, Prestasi Anthoy Taylor Teruk
- Analisis: Peranan John Stones Dalam Taktikal Man City Sehingga Treble
- West Ham Juara UECL 2022/23
Dalam perlawanan final yang berlangsung di Stadium La Plata, Uruguay menang tipis 1-0 ke atas Itali.
Walaupun Itali lebih sedikit penguasaan bola, namun dari segi kreativiti, Uruguay jauh lebih baik.
Itali gagal melakukan sebarang percubaan tepat daripada hana percubaan yang mereka miliki.
Berbanding Uruguay yang memiliki 15 percubaan ke arah gol Itali dan 4 daripadanya adalah tepat.
Pada minit ke-86, Luciano Rodriguez memberikan kemenangan selayaknya buat Uruguay dengan gol tunggal perlawanan.
Kejayaan itu membolehkan mereka merangkul kejuaraan Dunia B-20 menewaskan gergasi Eropah itu.
Bola sepak Itali mengalami satu lagi episod malang.
Di mana dalam 2 minggu terakhir ini, 3 kelab mereka kalah di final pertandingan Eropah.
Bermula dengan kekalahan Fiorentina tewas di tangan West Ham United dalam Liga Persidangan Eropah (UECL).
Kemudian AS Roma dalam aksi final UEL di tangan Sevilla. Kekalahan yang membuatkan Jose Mourinho menyalahkan pengadilan lemah sebagai puncanya.
Sehari sebelum final Uruguay vs Itali dalam Piala Dunia B-20, pasukan Inter Milan pula dikalahkan Man City dalam final UCL.
Di mana jaringan tunggal Rodri memberikan kejuaraan UCL sulung Manchester City.
Menurut Opta, ini adalah pertama kali 3 pasukan dari negara yang sama kalah dalam kesemua 3 final Eropah.
Uruguay benar benar menambah derita pada bola sepak Itali untuk merangkul Piala Dunia B-20 pertama buat negara itu.
Sementara itu, pasukan Israel B-20 pula berjaya merangkul tempat ketiga selepas menewaskan Korea Selatan.