Indonesia berpotensi kehilangan hak sebagai tuan rumah temasya Piala Dunia B-20 Tahun selepas membatalkan proses undian yang dijadualkan berlangsung pada 31 Mac ini.
Baca Juga:
- Exco PSSI Anggap Idea Suruh Israel Bermain Di Singapura Sebagai Tak Masuk Akal
- Piala Dunia B-20: Gabenor Bali Tolak Kehadiran Israel
- Piala Dunia B-20: NGO Indonesia Tolak Kedatangan Israel
Keputusan ini dibuat oleh FIFA selepas Gabenor Bali, I Wayan Koster menolak kehadiran Israel ke negeri tersebut dimana Bali sebelumnya dijadikan sebagai venue untuk proses undian.
Dengan ini, FIFA dikhabarkan sedang mencari negara alternatif sekiranya mereka mencabut hak Indonesia sebagai tuan rumah dan berikut adalah tiga negara yang berpotensi untuk menjadi pengganti.
1. Argentina
Argentina menjadi negara pertama yang memberitahu bahawa mereka sedia untuk menjadi tuan rumah setelah Indonesia gagal menangani masalah kehadiran pasukan Israel dalam temasya edisi kali ini.
Ada dua sebab mengapa negara Amerika Selatan itu mahu menjadi tuan rumah. Yang pertama, kerana mereka tidak layak dan sekiranya menjadi tuan rumah, mereka boleh beraksi di temasya kali ini. Yang kedua mereka mahu menilai tahap kesediaan sebelum membida untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2030.
2. Qatar
Qatar baru sahaja selesai menjadi tuan rumah temasya Piala Dunia 2022 dan mereka bakal menjadi tuan rumah untuk temasya Piala Asia 2023 yang bakal diadakan pada Januari 2024 nanti. Dari segi fasiliti dan kemudahan, Qatar dilihat mempunyai pakej lengkap sekaligus mampu untuk menjadi tuan rumah.
3. Peru
Negara terakhir yang dinilai sedia menggantikan Indonesia adalah Peru. Sama seperti Qatar, Peru bersedia dari segi fasiliti dan kemudahan dimana mereka turut menjadi tuan rumah Piala Dunia B-17 Tahun yang dijadualkan berlangsung pada 10 November hingga 2 Disember nanti.
Sebelum ini, Peru dan satu lagi negara iaitu Brazil menjadi pesaing ketika proses bidaan tuan rumah Piala Dunia B-20 namun FIFA pada akhirnya memilih Indonesia sebagai tuan rumah.