Nigeria berjaya kejutkan dan singkir pasukan Argentina pada pusingan 16 akhir Piala Dunia B-20.
Baca Juga:
- Piala Dunia B-20: NGO Indonesia Tolak Kedatangan Israel
- RASMI: Argentina Ganti Indonesia Sebagai Tuan Rumah Piala Dunia B-20
- FAM Tolak Jemputan Argentina Dan Brazil Untuk Aksi Persahabatan
Argentina merupakan tuan rumah baharu yang dipilih menggantikan Indonesia.
Skuad bimbingan Javier merupakan pasukan pilihan untuk kejohanan kali ini.
Dengan peminat mereka mengharapkan kejayaan yang sama seperti yang dicipta oleh skuad senior.
Namun terpaksa balik awal selepas gagal dalam aksi kalah mati peringkat 16 akhir.
Perjudian yang cuba dilakukan Mascherano telah memakan diri. Di mana bekas pemain tengah Liverpool dan Barcelona itu bereksperimentasi dengan membuat rombakan yang besar pada kesebelasan utamanya.
Nigeria singkir Argentina dengan kemenangan 2-0.
Seperti perlawanan pertama sebelum ini, Argentina mendominasi perlawanan dan mengekang Nigeria daripada mencipta peluang pada separuh masa pertama.
Pada separuh masa kedua, Nigeria melakukan beberapa pertukaran dan mulai melakukan ancaman awal dengan percubaan terkena tiang.
Beberapa minit kemudian Ibrahim Muhammad menjaringkan gol pembukaan untuk Nigeria selepas melepasi kawalan pertahanan lawan dan menggelecek Gomes Gerth yang mara untuk cuba menghalangnya.
Mascherano sebenarnya membuat pertukaran dengan memasukkan Juan Gauto menggantikan Brian Aguirre sebelum gol pertama Nigeria tersebut.
Ketika Argentina gigih mencari gol penyamaan, Haliru Sarki memastikan Nigeria memang dengan 2-0 dengan gol pada masa kecederaan minit 90+1.
Kejayaan ini membolehkan Nigeria mara ke suku akhir. Dan perjuangan pemain pemain muda Argentina berakhir pada pusingan 16 akhir di hadapan penyokong mereka sendiri.