Gabenor Bali menolak kehadiran skuad kebangsaan Israel B-20 Tahun yang bakal beraksi dalam temasya Piala Dunia B-20 tahun di Indonesia pada 20 Mei hingga 11 Jun ini.
Baca Juga:
- Piala Dunia B-20: NGO Indonesia Tolak Kedatangan Israel
- Israel Lolos Ke Piala Dunia U-20 Di Indonesia, Ketum PSSI: Tetap Akan Kami Akomodir
- Dua Pemain Muda Palestin Maut Ditembak Oleh Tentera Israel
Gabenor Bali iaitu I Wayan Koster baru-baru ini menegaskan pihaknya menolak kehadiran Israel ke negeri itu serta tidak membenarkan sebarang perlawanan Piala Dunia B-20 yang melibatkan pasukan dari Eropah itu.
Indonesia sebagai tuan rumah telah memilih enam negeri sebagai venue Piala Dunia B-20 tahun iaitu Jakarta, Bali, Sumatera Selatan, Jawa Barat, Jawa Tengah serta Jawa Timur.
I Wayan kemudiannya menghantar surat kepada Menteri Belia dan Sukan negara itu, Zainudin Amali yang menegaskan beliau menolak Israel untuk beraksi di Bali.
“Kerajaan negeri mempunyai pendirian dimana kami menolak kehadiran Israel untuk beraksi di negeri kami.
“Hal ini dilakukan kerana mahu menghormati hubungan diplomatik antara kerajaan Indonesia dengan kerajaan lain di dunia,” dipetik dari laporan BBC Indonesia.
Pernyataan dari PKS dan FPI yang menolak kehadiran timnas Israel yang akan berlaga di Piala Dunia U20 di Indonesia. 😬❌ pic.twitter.com/xTt3ZqIGjt
— Extra Time Indonesia (@idextratime) March 10, 2023
Sebelum ini, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) di Indonesia menolak kehadiran skuad B-20 tahun Israel dimana mereka menjadikan isu kemanusiaan dan keamanan seperti kezaliman regim Israel ke atas Palestine sebagai faktor utama mengapa mereka menolak.
Menanggapi perkara ini, Presiden Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) iaitu Erick Thohir menegaskan pihaknya hanya fokus untuk mempersiapkan pasukan kebangsaan dan hal teknikal sebagai tuan rumah.
“Tugas PSSI ialah kita mempersiapkan skuad kebangsaan dan juga hal-hal teknikal sebagai tuan rumah kejohanan. Saya sudah sampaikan ke Kementrian Luar Negeri mengenai isu ini. Biar mereka yang membuat keputusan,” katanya.
Israel berjaya melepasi saingan peringkat kelayakan zon Eropah dan mereka meraih tiket untuk beraksi di temasya dwi tahunan itu.