Manchester City sekali lagi menjulang Piala Carabao di bawah kendalian Pep Guardiola. Dan kali ini mereka menewaskan Tottenham Hotspur dengan skor 1-0.

Jaringan tunggal City adalah menerusi tandukan pemain bek tengah, Aymeric Laporte. Laporte bernasib baik kerana melakukan 2 faul taktikal ke atas Lucas Moura. Namun hanya satu diberikan kad kuning. Jika tidak, beliau pastinya tidak akan berpeluang menjaringkan gol kerana dibuang padang.

City dan Spurs membuat perhitungan di Wembley dalam keadaan stadium berpenonton dengan 8,000 penonton dibenarkan masuk.

Ryan Mason dilantik menjadi interim beberapa hari lalu menggantikan Jose Mourinho. Berdepan tugas getir bertemu dengan Pep Guardiola dalam aksi final.

Manchester City baru sahaja terlepas peluang memenangi kejuaraan quadruple dengan dikalahkan Chelsea pada aksi separuh akhir Piala FA. Kini mereka menghidupkan impian treble pada musim ini.

City ternyata pasukan lebih dominan dan lebih baik. Mereka memaksa Spurs berkampung di kawasan sendiri sepanjang separuh masa pertama.

Hugo Lloris hampir tertewas oleh sepakan penjuru Mahrez yang terus menuju ke arah gol beliau.

5124

3 minit selepas itu Foden melakukan percubaan tetapi dihadang oleh Eric Dier.

Peluang terbaik Foden kemudian hadir pada minit ke-26. Di mana beliau menyambar bola berdekatan dengan gol Spurs. Malangnya, percubaan beliau terkena pada tiang gol.

Pada minit ke-35, Lloris melayangkan badannya untuk menafikan percubaan Riyad Mahrez.

Separuh masa pertama benar benar dikuasai sepenuhnya oleh City. Di mana mereka melakukan 10 percubaan ke arah gol Spurs.

Bersambung babak kedua, City meneruskan penguasaan mereka. Namun Spurs mulai memperbaiki aspek serangan balas mereka.

Penjaga gol City, Steffen diuji seawal minit ke-47 oleh Lo Celso yang menerima hantaran Lucas Moura.

Spurs mulai membuatkan Pep Guardiola tak senang duduk kerana mereka mulai membina permainan mereka dengan lebih baik.

Tetapi, hampir setiap kali Spurs menyerang dan kehilangan bola, ianya menjadi ancaman sangat besar kepada mereka ketika City melakukan serangan balas. Riyad Mahrez beraksi dengan sangat baik.

Pada minit ke-73, Hugo Lloris sekali lagi melayangkan dirinya menafikan percubaan Riyad Mahrez.

Dan pada minit ke-81, berpunca daripada sepakan percuma, Laporte menyambutnya dengan kepala dan menanduk masuk.

0_15

Manchester City memiliki beberapa peluang lagi selepas itu, namun gagal menambah gol. Begitu juga dengan Spurs.

Perlawanan berakhir dengan kemenangan 1-0 oleh City.

Ini adalah kali keempat beturut turut Manchester City memenangi Piala Carabao – menyamai rekod Liverpool dari 1981-1984.

Pep Guardiola menjadi pengurus pertama menang 4 piala liga berturut turut dan kini menyamaai rekod Brian Clough, Sir Alex Ferguson serta Jose Mourinho – dengan 4 kejuaraan piala liga.

Paling kasihan pastinya Harry Kane. Tanpa ragu beliau adalah salah seorang penyerang terbaik dalam generasinya. Menjaringkan 219 gol daripada 313 perlawanan namun masih tanpa sebarang piala major.

Baca juga artikel:

Moyes Anggap VAR Sampah Dan Pengadil Tak Pernah Main Bola Sepak

Perez Ingatkan 12 Pasukan ESL Tak Boleh Tarik Diri Kerana Terikat Dengan Kontrak

EPL: Gol Masa Kecederaan 90+5 Willock Buat Liverpool Berputih Mata