Liverpool keciciran mata dengan cara yang sangat kejam. Mereka melepaskan bolos pada percubaan terakhir lawan pada masa kecederaan. Willock menjaringkan gol penyamaan hanya selepas gol mereka dibatalkan VAR kerana handball.
Liverpool bermula dengan inetnsif menyedari bahawa kemenangan adalah wajib untuk mereka mengejar slot top 4.
Liverpool memiliki banyak peluang keemasan yang gagal disempurnakan dalam perlawanan ini.
Mohamed Salah meletakkan Liverpool di hadapan minit ke-3 lagi. Di mana Salah memutarkan badannya untuk merembat deras.
🔴 Most seasons reaching 20 PL goals for Liverpool:
3️⃣ MOHAMED SALAH – 2017-18, 2018-19, 2020-21
2️⃣ Robbie Fowler – 1994-95, 1995-96
2️⃣ Luis Suarez – 2012-13, 2013-14#LIVNEW pic.twitter.com/TkH5kyGAjQ— Sky Sports Statto (@SkySportsStatto) April 24, 2021
Pada minit ke-20, Longstaf melakukan percubaan bahaya yang diselamatkan oleh Alisson.
Seterusnya, Diogo Jota mempersiakan peluang keemasan pada minit ke-36 dengan rembatan liar beliau.
Dua mini kemudian Jota berpeluang sekali lagi menjaringkan gol tetapi Dubravska melakukan satu save menarik untuk menafikan peluang tersebut.
Dan peluang keemasan Liverpool sekali lagi hadir, apabila Mohamed Salah melakukan hantaran mudah kepada Sadio Mane. Namun pemain Senegal itu membuat keputusan cuba menggelecek penjaga gol. Dan gagal!
Bersambung babak kedua, Liverpool meneruskan ancaman ke gawang lawan.
Namun Newcastle memiliki peluang terbaik menerusi Joelinton, tetapi sekali lagi Alisson menafikannya.
Firmino dan Sadio Mane turut menguji Dubravska tetapi kedua duanya gagal.
Masuk ke minit akhir perlawanan, Callum Wilson menjaringkan gol penyamaan namun dibatalkan kerana handball.
Kekecewaan Newcastle itu terubat pada masa kecederaan, apabila pemain gantian, Joe Willock merobek gawang Liverpool selepas The Reds gagal memenangi bola dan membenarkan lawan mereka mengawal bola pada masa kecederaan.
Tamat perlawanan, Liverpool 1 Newcastle 1. Liverpool mempersiakan peluang mendapat 3 mata pada detik mereka sangat memerlukan.
It ends level at Anfield.
— Liverpool FC (@LFC) April 24, 2021
Liverpool pastinya kecewa dengan ketumpulan serangan mereka yang gagal mendapatkan gol kedua dengan deretan peluang yang mereka miliki.
Baca juga artikel
Ed Woodward ‘Resign’ Kerana Tak Sokong Glazers Mahu Sertai ESL? Ini Sebenarnya Berlaku