Ketua jurulatih India, Igor Stimac mula melancarkan perang psikologi menjelang perlawanan menentang Malaysia dalam aksi sulung Pestabola Merdeka 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.
Baca Juga:
- Sunil Chhetri Perkuat Serangan India Di Pestabola Merdeka 2023
- Peminat India Berang Pasukan Mereka Tidak Dijemput Sertai Pesta Bola Merdeka
- TERKINI: Palestine Tarik Diri Dari Sertai Pestabola Merdeka 2023
India bawa barisan terkuat mereka kali ini sebagai persiapan menghadapi Kelayakan Piala Dunia 2026 yang bakal bermula pada bulan depan.
Bagaimanapun, Stimac berpendapat kelebihan memihak kepada skuad Harimau Malaya kerana beraksi dihadapan ribuan penyokong sendiri namun mereka sedia melakukan kejutan.
“Saya boleh katakan peluang lebih memihak kepada Malaysia kerana perlawanan itu akan berlangsung di gelanggang mereka. Anda tidak boleh tewas di tempat sendiri, tetapi kami ke sini untuk kejutkan anda,” katanya pada sidang media semalam.
Advantage Malaysia, but we have few surprises up our sleeves, says @stimac_igor 👀🇮🇳💪
Read #MASIND match preview 👉 https://t.co/sdNFwCkPFY
Pre-match press conference 💻 https://t.co/TwogRsYleU#PestabolaMerdeka2023 🏆 #BlueTigers 🐯 #IndianFootball ⚽ pic.twitter.com/oTOSQn8KE6
— Indian Football Team (@IndianFootball) October 12, 2023
Malah, barisan jurulatih India juga sudah mengkaji corak permainan Harimau Malaya termasuk ketika aksi persahabatan menentang China dan Syria bulan lepas.
“Kami membuat analisis permainan Malaysia termasuk ketika menentang China, mereka bermain dengan bagus dan kali ini mereka akan mendapat sokongan daripada penyokong sendiri.
“Malaysia juga memiliki jurulatih yang bagus dan beberapa pemain tempatan berkualiti sambil disokong oleh pemain naturalisasi. Pasukan ini cukup stabil dan tahu apa yang perlu dibuat di atas padang.
“Kami juga berada dalam situasi yang sama tetapi di hadapan 90,000 penyokong dengan rekod di tempat lawan yang tidak baik, kelebihan memihak kepada Malaysia,” jelas Igor Stimac.
Kebanyakan pemain pasukan itu beraksi dalam Liga Super India dan turut diperkuatkan oleh beberapa pemain muda sedang meningkat naik seperti Liston Colaco, Jeakson Singh dan Anwar Ali.
Pemenang antara aksi Malaysia bertemu India akan mara ke final Pestabola Merdeka 2023 menentang Tajikistan pada 17 Oktober selepas Palestin mengesahkan penarikan diri.
Pestabola Merdeka dijadikan sebagai medan persediaan untuk skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon yang bakal beraksi dalam temasya Piala Asia 2023 di Qatar tahun depan.