Kelab Liga 1 Indonesia, Persib Bandung bakal menggunakan pemain simpanan apabila beraksi dalam kejohanan Asia Challenge Cup yang akan bermula pada 18 dan 19 Januari tahun hadapan.
Perkara ini disuarakan oleh pengendali pasukan, Robert Rene Alberts dimana beliau mahu membawa seramai 20 pemain yang jarang mendapat minit bermain dalam saingan liga domestik serta beberapa pemain baharu termasuk pemain import yang akan diuji sama ada sesuai untuk beraksi bersama pasukan musim hadapan atau sebaliknya.
“Pemain yang jarang mengikuti pasukan dalam saingan Liga 1 musim ini kami akan kumpulkan dan mereka akan disertai oleh beberapa pemain baharu khususnya pemain dari luar negara untuk kami uji dalam pertandingan nanti.
“Kami akan mengumpulkan pemain pada 9 Januari dan memulakan sesi latihan pada hari berikutnya,” kata Alberts menurut laporan Liputan 6.
🇲🇾 🇮🇩 🇹🇠🇻🇳
One continent, one champion. This is Selangor Asia Challenge 2020.
Which team do you think will lift the trophy?#SAC2020#ASEANEdition pic.twitter.com/DdSwVircS4
— Selangor FC (@selangorfc) December 20, 2019
Selain Persib Bandung, kejohanan Asia Challenge Cup 2020 akan disertai oleh Selangor sebagai tuan rumah serta dua lagi pasukan iaitu Hanoi FC yang merupakan juara V-League musim 2019 dan Bangkok United yang beraksi dalam saingan Thai League 1.
Kejohanan tersebut menggunakan format seperti Emirates Cup dimana juara akan membawa pulang hadiah sebanyak $10,000 manakala naib juara akan membawa pulang hadiah sebanyak $5000. Selain menganjurkan kejohanan bola sepak, terdapat juga karnival dan penjualan jersi Home pasukan Selangor bagi musim 2020.
Baca artikel lain mengenai pasukan Selangor di sini:
Selangor Sah Sertai Kejohanan Jemputan Di China Pada Januari 2020