Skuad gergasi merah bakal berwajah baharu musim depan selepas menandatangani beberapa pemain berkualiti seperti Safuwan Baharuddin serta pemain berdarah kacukan iaitu Brendan Gan, Nicholas Ryan Swirad dan Rodney Celvin Akwensivie.
Pengendali Selangor, B. Satiananthan menyasarkan untuk membawa pasukannya beraksi dalam saingan AFC pada musim 2021 memandangkan Malaysia telah diberi satu slot automatik AFC Champions League dan dua slot ke AFC Cup.
“Memandangkan AFC ada membuka ruang untuk pasukan negara kita, jadi sasaran kita adalah untuk mencapai matlamat yang utama dengan melayakkan diri dalam saingan itu,” katanya kepada Bernama.
Malah, mereka turut menganjurkan kejohanan Asia Challenge yang melibatkan pasukan terbaik Asia seperti Persib Bandung, Bangkok United dan Hanoi FC kemudian menyertai kejohanan jemputan di China pada januari depan bagi menguji keupayaan pasukan itu bersaing di peringkat Asia.
Dalam kejohanan jemputan di China, Selangor akan menentang kelab divisyen 1 Thailand, Chonburi FC dan kelab divisyen 1 Korea Selatan, Sangju Sangmu selain bertemu tuan rumah, Meizhou Hakka FC.
Meizhou Hakka FC merupakan kelab daripada divisyen 2 liga China dan pasukan itu menduduki di tangga ke 10 dengan 39 mata pada musim 2019
Mengulas mengenai persiapan pasukan menjelang saingan Liga Malaysia 2020, Satiananthan berpuas hati dengan komitmen pemain dan setakat ini berjalan lancar.
“Semua pemain sudah menjalani latihan cuma Syahmi Safari belum kerana dia sudah terlibat dalam SEA Games sebelum ini jadi saya memutuskan untuk dia melaporkan diri pada bulan Januari nanti.”
“Komitmen yang tinggi juga ditunjukkan seorang pemain Import baharu dari Singapura iaitu Safuwan (Muhammad Safuwan Baharudin) , pemain import lain masih kekal cuma Rufino Segovia (Sepanyol) mengalami kecederaan pada musim lepas dan dia akan kembali menjalani latihan,” katanya.
Lagi artikel menarik mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
Palestin Berminat Untuk Mengadakan Perlawanan Persahabatan Dengan Skuad Harimau Malaya
Penyerang Muda Myanmar Tolak Tawaran Kelab Malaysia Kerana Gaya Permainan Tak Sesuai