Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengukuh kedudukan di persada Liga Super apabila menewaskan Sabah 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim. Ia adalah kemenangan yang kelima berturut-turut sekaligus semakin hampir raih kejuaraan liga buat kali kelapan musim ini.
Malah, perlawanan tersebut turut menarik lebih 150,000 tontonan ketika disiarkan secara langsung di platform YouTube unifi dan 70 peratus daripadanya merupakan penonton dari Indonesia.
Antara faktor-faktor yang mengundang jumlah tontonan tertinggi itu ialah penampilan sulung bintang muda Indonesia, Syahrian Abimanyu bersama JDT pada minit ke 70 dan juga kelibat Saddil Ramdani yang mewakili pasukan Sabah.
Mantap ini Idola đŸ”¥ pic.twitter.com/212n74sIiF
— odolll (@panggilajaodol) August 8, 2021
Di awal perlawanan, JDT terlebih dahulu menguji benteng pasukan pelawat dan kerap memberikan ancaman berbahaya melalui gerakan Bergson Da Silva dan Safawi Rasid. Manakala Sabah pula bermain lebih berhati-hati dan gemar berkampung di halaman sendiri.
Usaha Harimau Selatan mengandakan asakan akhirnya membuahkan hasil apabila Bergson merembat masuk jaringan pembukaan hasil umpanan cantik Safawi dari sebelah kanan pada minit ke 19.
19' Gol | Bergson da Silva membuka tirai jaringan dengan gol ke-18 peribadinya musim ini!@OfficialJohor 1-0 @SabahFCofficial #LigaSuper2021 pic.twitter.com/04F1f6Efxx
— Malaysian Football League (@MFL_MY) August 8, 2021
Selang dua minit kemudian, Bergson menambah gol kedua apabila menyambut bola hantaran jauh Leandro Velazquez lalu disudahkan dengan rembatan lambung yang menyaksikan penjaga gol Sabah hanya mampu melihat bola tersebut menerjah jaring.
Ini adalah jaringan yang ke 19 beliau dan kini merupakan penjaring terbanyak Liga Super mengatasi pencabar terdekat, Ifedayo Olusegun dari pasukan Selangor.
21' Gol | Bergson meledak sekali lagi dengan "lob" yang menarik ini!@OfficialJohor 2-0 @SabahFCofficial #LigaSuper2021 pic.twitter.com/1gaNVzIrh8
— Malaysian Football League (@MFL_MY) August 8, 2021
Sabah kembali bangkit di separuh masa kedua melalui serangan bertali arus namun percubaan mereka sering tersasar. Safawi juga hampir mencetak gol ketiga JDT pada minit ke 60 tetapi bola sepakan percumanya sekadar melepasi palang gol.
Keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan dan JDT kini mengumpulkan 45 mata selepas mengharungi 18 perlawanan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.Â