Pasukan Perak dikhabarkan semakin hampir untuk menandatangani bekas pemain skuad B-23 tahun Australia, Antony Golec bagi mengukuhkan benteng pertahanan menjelang saingan Liga Malaysia musim 2020.

Golec yang pernah beraksi bersama beberapa kelab ternama Liga Australia seperti Sydney FC, Adelaide United dan Central Coast Mariners bakal menggantikan pemain dari Korea Selatan, Jeon Hyo-Seok sekaligus mengisi kuota pemain import Asia.

Pemain berusia 30 tahun itu beraksi bersama Badak Lampung FC dalam saingan Liga 1 Indonesia. Setelah Badak Lampung tersingkir ke saingan Liga 2 musim ini, pihak kelab memutuskan untuk tidak menyambung kontrak Golec.

Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) dikatakan tidak berpuas hati dengan keadaan semasa Jeon Hyo-Seok dimana pemain itu dikhabarkan belum pulih daripada kecederaan yang dialami.

Perak
Jeon Hyo-Seok

Oleh itu, PAFA memutuskan untuk mencari pengganti bagi digandingkan dengan ketua pasukan, Shahrul Saad di bahagian pertahanan.

Bagi menghadapi saingan musim 2020, Perak bakal menggunakan khidmat empat pemain import dimana tiga slot sudah diisi oleh Leandro Dos Santos, Careca serta Guilherme De Paula.

Baca artikel lain mengenai pasukan Perak di sini:

Presiden PAFA Beri Jaminan Jersi Perak Kali Ini Lebih Cantik

Kualiti Jersi Yang ‘Cikai’ Punca Utama Majlis Pelancaran Jersi Perak FA 2020 Ditangguhkan?

Abu Bakar Fadzim Tidak Tolak Kemungkinan Perak II Gunakan Pemain Import