Penyokong Athletic Bilbao telah bersorak dengan chant yang berbaur ugutan atau ancam bunuh ke atas Mason Greenwood.

Baca Juga:

Mereka menyatakan kebencian kepada pemain asal England itu yang sebelum ini dikaitkan dengan kesalahan memukul wanita dan merogol teman wanita sendiri.

Kes itu bagaimanapun digugurkan atas persetujuan dengan mangsa yang kini masih menjadi pasangan hidup Greenwood.

Greenwood menyertai Getafe dari Man United. Sebagai langkah untuk berpisah sementara dengan kelab itu. Dia menyertai Getafe secara pinjaman.

Getafe turun berdepan Bilbao dalam aksi La Liga tengah minggu. Di mana aksi itu berakhir 2-2. Seksyen penyokong Bilbao kedengaran mengancam bunuh Greenwood.

Getafe sudah sedia maklum akan perkara itu dan mengeluarkan kenyataan: “Masanya sudah tiba untuk kami bersuara dan mepertahankan maruah pemain pemain dan jurulatih jurulatih kami.”

“Getafe adalah kelab yang menentang segala bentuk keganasan, rasisme, xenofobia dan sikap tidak bertimbang rasa dalam sukan.”

“Getafe sentiasa dikenali sebagai sebuah pasukan yang hormat kepada organisasi, seteru dan rakan lain dalam bola sepak dunia. Namun kami melihat betapa seriusnya perkara ini.”

La Liga sedang menjalankan siasatan ke atas Athletic Bilbao kerana gagal mengawal kelakuan penyokong mereka.

Hukuman termasuk denda ataupun beraksi di stadium kosong selepas ini kerana tindakan ancam bunuh Greenwood dalam perlawanan ini.

Greenwood memulakan perlawanan buat pertama kali bersama Getafe dan turut mencetak assist dalam perlawanan ini.

Sebelum ini Greenwood pernah menyatakan kebimbangannya tentang beraksi di England kerana dia tidak tahu bagaimana sambutan di setiap stadium lawan untuknya.

Nampaknya situasi yang dia bimbangkan itu baru berlaku di La Liga.