Aksi final Piala AFC 2022 di antara Kuala Lumpur City (KL City) menentang kelab Oman, Al Seeb pada 22 Oktober ini dilaporkan bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).
Baca Juga:
- Piala AFC 2022: Hadiah Lumayan Menanti KL City
- Bojan Hodak Masih Tak Percaya KL City Berjaya Ke Final Piala AFC
- KL City Berpeluang Ke Pusingan Kelayakan ACL 2023
Perubahan lokasi perlawanan itu berlaku kerana Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras dikatakan tidak mencapai standard dan syarat yang diperlukan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk menjadi tuan rumah.
Difahamkan, isu teknikal seperti pemasangan video bantuan pengadil (VAR) dan tahap kecerahan lampu limpah yang tidak memenuhi 1800 lux menjadi punca utama lokasi perlawanan itu terpaksa diubah ke SNBJ.
Situasi itu menyebabkan para peminat setia skuad warga kota kecewa dan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap perubahan venue itu menerusi media sosial.
Tak perlulah final main kat Bukit Jalil tu. Main je Cheras. Biar orang KL ni kenal Cheras tu dan harapnya akan rajin ke Stadium Cheras. Kalau kat Bukit Jalil nanti takut sekali tu jelah turun game KL nanti.
— Nizam π²πΎπ΅πΈ (@NizamArchibald) October 7, 2022
Mereka turut mempersoalkan apa yang dilakukan oleh penyelenggara Stadium Bolasepak Kuala Lumpur Cheras, Arcadin Services Sdn Bhd sehingga lampu limpah tidak mencapai standard yang diperlukan oleh AFC.
Ini kerana pihak swasta yang diamanahkan untuk menyelenggara venue berkenaan didapati gagal menunaikan tanggungjawab sebaiknya hingga menimbulkan beberapa masalah terutama ketika saingan Piala AFC bulan lalu.
22 Oktober ni Final AFC Cup dekat stadium KL. Arcadin sdn bhd dah repair lampu limpah ke belum? Stadium masih bagi sewa dekat public ke?
Jangan banyak main, Arcadin. Masak kau nnt.
— KL West Side (@klwestside) October 8, 2022
4. Seluruh pagar mesti dipasang dgn advertisement AFC dan AFC x akan absorb any cost jika area pagar yg tidak ada penonton.
Soalan dari kami :
1: Apa yang Acardin Services Sdn Bhd buat sampai lampu stadium utk final x cukup watt?— CityBoys (@CityBoys12) October 12, 2022
Arcadin mendapat hak pengurusan kompleks Stadium Bolasepak Kuala Lumpur sejak bulan Julai 2021 daripada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan matlamat untuk menyediakan kemudahan-kemudahan stadium yang terbaik untuk para pengguna.
Bagaimanapun, penyokong KL City mendakwa tandas stadium itu gagal diselenggara dengan baik oleh pihak Acardin dan kelihatan lebih kotor.
Itu belum cerita maintenance yg lain sebagai contoh tandas stadium yg barai. Area stadium yg kotor.
— CityBoys (@CityBoys12) October 12, 2022
Khalid menerusi laporan Arena Metro sebelum ini mendesak agar stadium berkenaan diserahkan semula kepada pihak berkepentingan seperti KLFA atau KL City untuk membolehkan mereka menguruskan sendiri dengan lebih baik.
Mengenai pemasangan VAR, terdapat juga penyokong mencadangkan agar bilik VIP yang terdapat banyak di kawasan grandstand dijadikan sebagai bilik VAR untuk kemudahan para pengadil.
“Bilik VIP yang nak menampung 1800 orang yang kata nak datang tu, dalam 1800 orang tu, rasanya tak sampai 100 orang yang paling penting. Bos-bos yang nak datang tu dia nak bawa satu kampung ke?”, kata kenyataan daripada ultras KL City, Cityboys.
Apa bodoh Stadium Cheras tu ada byk bilik VIP Box kat atas grandstand tak boleh buat VAR Room ke??? EPL Brentford Stadium 17k capacity pun lepas buat VAR.
Pengurusan KLC LEMAH. Simple.
— KLian #14 (@quasar917) October 12, 2022
Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur yang mempunyai kapasiti 18,000 pernah menjadi tuan rumah perlawanan akhir Piala AFC pada tahun 2019 melibatkan kelab dari Korea Utara, April 25 menentang kelab Lubnan, Al Ahed.
Justeru itu, para penyokong KL City tetap berkeras mahu melihat sejarah tercipta di halaman sendiri kerana ini kali pertama skuad warga kota beraksi di perlawanan akhir dalam saingan peringkat Asia.