Stadium Sultan Ibrahim bakal menjadi tumpuan pengunjung selepas pembukaan restoran makanan segera popular, Kentucky Fried Chicken (KFC) ketika aksi Piala Malaysia 2022, Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Sabah semalam.
Baca Juga:
- JDT vs Sabah: Harimau Selatan Tak Berdepan Masalah Ke Final
- Meyer Akui JDT Lawan Yang Sukar Dalam Jelajah Asia
- JDT Lantik Bekas Anggota Tentera Sebagai Ketua Keselamatan Stadium
- Kenyataan Marshall JDT Tidak Tepat, Tiada Larangan Bawa Masuk Bendera Malaysia
Menerusi perkongsian di laman sosial Johor Southern Tigers, para penyokong Harimau Selatan kini boleh menikmati keenakan ayam goreng tersebut sebelum menyaksikan perlawanan Liga Malaysia.
KFC, Sultan Ibrahim Stadium — Now Open!
More photos at https://t.co/rleegSVs1G pic.twitter.com/XMuxIntjV9
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) November 20, 2022
Usaha ini dilihat sebagai satu langkah yang cukup progresif untuk mengembangkan lagi jenama JDT dan juga KFC selari dengan misi dan visi kelab tersebut
Restoran itu juga beroperasi setiap hari bagi memudahkan urusan pembelian tidak kira sama ada ketika perlawanan berlangsung atau tidak sekaligus memberi memanfaatkan kepada penduduk di sekitarnya.
Ini juga merupakan salah satu daripada idea Pemilik JDT, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibarahim (TMJ) yang mahu menjadikan Stadium Sultan Ibrahim lebih daripada sekadar sebuah stadium bola sepak semata-mata.
Ia akan dibuka setiap hari kepada orang ramai dengan lebih banyak kedai membeli-belah dan restoran dijadualkan dibuka dalam beberapa bulan akan datang.
Pada 31 Mac lalu, stadium tersebut memperkenalkan tarikan baru iaitu pembukaan restoran Woodfire dan Johor Darul Ta’zim (JDT) Hummer Tour.
Restoran Woodfire telah pun memulakan operasi harian manakala JDT Hummer Tour kini boleh didapati pada hari Jumaat-Ahad. Stadium Tours juga berada dalam perancangan.