Pemain dari Thailand terus mencipta nama di Eropah dimana kali ini penyerang skuad B-19 tahun pasukan, Achitpol Keereerom menjaringkan gol dalam perlawanan Regionalliga Bayern, salah satu liga yang dijadikan sebagai saingan divisyen keempat liga bola sepak Jerman.

Achitpol beraksi untuk TSV 1860 Rosenheim dan beliau menjaringkan satu gol ketika TSV bertemu SV Wacker Burghausen yang menyaksikan Rosenheim memenangi perlawanan dengan keputusan 3-2.

Achitpol Keereerom dipromosikan ke pasukan senior pada Julai 2019 lalu setelah menampilkan prestasi cemerlang bersama skuad B-19 tahun kelab. Pemain berusia 18 tahun itu beraksi selama dua tahun bersama skuad B-19 tahun Rosenheim.

Bersama skuad B-19 tahun Thailand, Achitpol turut beraksi dengan baik dimana beliau telah menyumbang sembilan gol setakat ini. Pemain yang dilahirkan di Bangkok itu pernah menjaringkan gol dalam perlawanan kelayakan AFC B-19 Tahun, AFF B-19 tahun pada 2019 dan kejohanan Panda Cup.

Baca artikel lain mengenai pemain muda Thailand di sini:

Pemain Muda Asia Tenggara Yang Beraksi Di Eropah

FAT Sasarkan Pemain Berusia 18 Tahun, Marcel Sieghart Untuk Gantikan Teerasil Dangda

FAT Mahu Panggil Pemain Kacukan Berpangkalan Di Luar Negara Hadapi Piala AFF 2020