Pemain muda dari rantau Asia Tenggara semakin mendapat perhatian kelab besar Eropah sejak kebelakangan ini dimana ada diantara mereka yang berjaya menandatangani kontrak bersama kelab di sana.
Baru-baru ini, penyerang skuad B-19 tahun negara, Luqman Hakim Shamsudin menandatangani kontrak bersama KV Kortrijk selama lima tahun. Sebelum Luqman, terdapat beberapa pemain yang sudah beraksi di Eropah terlebih dahulu. Di sini, kami senaraikan pemain muda Asia Tenggara yang beraksi di Eropah.
1. Egy Maulana Vikri
Egy beraksi bersama kelab Poland, Lechia GdaĆsk sejak musim 2018/2019. Setakat ini, bekas ketua pasukan skuad B-19 tahun Indonesia ini beraksi bersama skuad pembanga=unan Lechia.
2. Ben Davis
Ben Davis baru-baru ini menandatangani kontrak lanjutan selama dua musim bersama kelab yang baru sahaja naik ke saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), Fulham.
3. Witan Sulaeman
Witan berjaya menandatangani kontrak bersama kelab Serbia, Radnik Surdulica dan beliau telah menjalani penampilan pertama bersama Radnik pada Jun lalu.
4. Doan Van Hau
Doan menyertai kelab Eredivisie, SC Heerenveen secara pinjaman dari Hanoi FC. Akan tetapi, pemain berusia 21 tahun ini banyak beraksi bersama skuad pembangunan Heerenveen dan hanya mempunyai empat minit bersama skuad utama.
5. Luqman Hakim
Luqman menandatangani kontrak selama lima tahun bersama KV Kortrijk dan pemain ini dijangka terbang ke Belgium pada 13 Ogos ini untuk menyertai pasukan.
6 Ikhsan Fandi
Anak kepada lagenda Singapura, Fandi Ahmad ini beraksi dalam saingan Liga Norway bersama kelab Raufoss IL sejak awal tahun ini.
Baca artikel lain mengenai pemain muda Asia Tenggara di sini:
RASMI: Luqman Hakim Sah Milik KV Kortrijk, Tandatangan Kontrak 5 Tahun Dianggarkan Bernilai 7 Angka
Witan Sulaeman Buat Penampilan Pertama Bersama FK Radnik Surdulica