Pemain dari rantau Asia Tenggara semakin menjadi perhatian dimana beberapa kelab di negara bola sepak maju mula menggunakan khidmat mereka bagi memperkuatkan pasukan.
Dengan permintaan yang semakin meningkat untuk pemain Asia Tenggara, harga bagi setiap pemain turut meningkat dimana beberapa pemain mempunyai nilai pasaran semasa yang tinggi.
Di sini, kami senaraikan 10 pemain Asia Tenggara dengan nilai pasaran semasa yang tinggi.
1. Neil Etheridge – Filipina (RM35 Juta)
Penjaga gol Filipina ini baru sahaja melengkapkan perpindahan ke kelab Liga Kejuaraan, Birmingham Citys etelah sebelumnya beraksi bersama Cardiff City dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
2. Chanathip Songkrasin – Thailand (RM9.6 Juta)
Bintang Thailand ini menjadi salah satu senjata utama kelab J. League, Hokkaido Consadole Sapporo sejak menyertai kelab itu pada 2017. Chanathip malah pernah dilantik sebagai ketua pasukan pada perlawanan menentang Vissel Kobe musim ini.
3. Teerasil Dangda – Thailand (RM3.9 Juta)
Ketua pasukan Thailand ini beraksi bersama Shimizi S-Pulse dalam saingan J. League dan setakat ini beliau banyak digunakan sebagai pemain gantian.
4. Natxo Insa – Malaysia (RM3.5 Juta)
Meskipun jarang beraksi bersama Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo masih menjadi salah satu pemain terbaik dalam skuad Harimau Selatan itu.
5. Theerathon Bunmathan – Thailand (RM3.5 Juta)
Theerathon merupakan pemain pertahanan kiri terbaik di Asean dan beliau berjaya membantu Yokohama F Marinos muncul juara saingan J1 musim lalu.
6. Thitipan Puangchan – Thailand (RM2.6 Juta)
Thitipan kembali ke Thailand setelah beraksi bersama Oita Trinita musim lalu. Bersama BG Pathum United, Thitipan menampilkan aksi cemerlang dimana BG ketika ini menghuni tangga teratas saingan Thai League.
7. Daisuke Sato – Filipina (RM2.4 Juta)
Pemain pertahanan kanan Filipina ini berhijrah ke Muangthong United setelah beraksi bersama kelab Romania, Sepsi OSK Sfântu Gheorghe musim lalu.
8. Kawin Thamsatchanan – Thailand (RM2.4 Juta)
Kawin menjadi rakan sepasukan Chanathip di Consadole Sapporo dimana penjaga gol berusia 31 tahun itu berhijrah dari kelab Belgium, OH Leuven secara pinjaman awal tahun ini.
9. Javier Patino – Filipina (RM2.1 Juta)
Javier Patino telah beraksi di saingan Thai League sejak 2013 dimana beliau telah menjaringkan lebih 40 gol bersama Buriram United. Musim ini, Patino menyertai Ratchaburi Mitr Phol FC.
10. Stefano Lilipaly – Indonesia (RM1.9 Juta)
Stefano merupakan salah satu pemain terbaik Indonesia saat ini dimana beliau beraksi bersama Bali United dalam saingan Liga 1 Indonesia.
Baca artikel lain mengenai pemain Asia Tenggara di sini:
Sumareh Tiba Di Thailand, Perlu Jalani Kuarantin Sebelum Turun Beraksi Bersama Police Tero
Chanathip Songkrasin Termasuk Dalam Senarai Pemain Dengan “Skills” 5 Bintang Dalam FIFA 21
Filipina Ikat Pasukan China Tanpa Jaringan, Neil Etheridge Selamatkan 14 Percubaan Tepat Ke Gawang