Pemain naturalisasi negara, Mohamadou Sumareh telah tiba di Thailand bagi menyertai pasukan baharu beliau iaitu Police Tero yang bersaing di Thai League 1 musim ini.

Setelah menunggu hampir sebulan untuk berlepas ke Thailand setelah menandatangani kontrak selama enam bulan bersama Police pada awal bulan ini, Sumareh berangkat ke Thailand semalam dan beliau nyata gembira untuk beraksi di luar Malaysia.

“Saya gembira kerana ini kali pertama saya bermain di luar Malaysia, dalam liga yang berbeza, jadi saya teruja untuk melihat apa yang akan menanti saya. Mungkin saya akan berada selama enam bulan di sana untuk bermain separuh musim.

Thailand
Sumber Gambar: Police Tero

“Tetapi kita tidak tahu, tiada siapa yang tahu. Jika segala-galanya berjalan baik, mungkin saya akan kekal di sana. Perancangannya adalah untuk berada di sana selama enam bulan,” katanya ketika ditemu bual Stadium Astro.

Setibanya Sumareh di Thailand, beliau perlu menjalani kuanrantin selama 14 hari, sesuai dengan peraturan yang dikenakan oleh kerajaan Thailand ekoran pandemik Coronavirus (COVID-19) yang sedang melanda dunia ketika ini.

Thailand
Sumber Gambar: Instagram Mohamadou Sumareh

Menerusi laman Instagram Story miliknya, Sumareh berkongsi beberapa peralatan yang disediakan oleh pihak kelab selama menjalani kuarantin bagi memastikan pemain itu sentiasa kekal cergas sekaligus bersedia untuk diturunkan selepas tempoh kuarantin tamat.

Baca artikel lain mengenai Mohamadou Sumareh yang telah kami sediakan di sini:

Jurulatih Police Tero Sudah Tidak Sabar Untuk Turunkan Mohamadou Sumareh

Pengurus Police Tero Yakin Mohamadou Sumareh Dapat Tingkatkan Kualiti Pasukan

TMJ Dedahkan Kontrak Sumareh Ke Selangor Dengan Gaji RM70,000 Sebulan