Thailand terus mengimport bakat muda mereka ke saingan liga bola sepak Jepun apabila baru-baru ini penyerang skuad B-22 tahun negara tersebut, Sittichok Paso menyertai kelab divisyen dua, FC Ryukyu secara pinjaman dari Chonburi.

Perjanjian antara Chonburi dan Ryukyu telah dimaterai pada awal tahun ini namun Paso hanya dipanggil bagi menyertai kelab pada bulan ini setelah menamatkan tempoh kuarantin tambahan bagi mengekang penularan wabak coronavirus.

Ryukyu bukanlah kelab Jepun pertama bagi Paso dimana sebelum ini beliau beraksi secara pinjaman bersama kelab divisyen tiga, Kagoshima United pada 2017 hingga 2018.

Setelah menamatkan tempoh pinjaman bersama Kagishima, Sittichok Paso kembali ke saingan Liga Thailand dimana beliau beraksi bersama Trat FC secara pinjaman dan juga Chonburi.

Untuk rekod, FC Ryukyu juga pernah menandatangani dua pemain Malaysia sebelum ini iaitu Wan Zack Haikal dan Nazirul Naim namun kedua-dua pemain tidak kekal lama bersama kelab itu.

Wan Zack pulang ke Malaysia dan kemudiannya menyertai Kelantan manakala Nazirul beraksi bersama Harimau Muda A.

Baca artikel lain mengenai perkembangan liga bola sepak Asia di sini:

Park Hang-seo Sah Hilang Khidmat Nguyen Trong Hoang Dalam Aksi Kelayakan Piala Dunia 2022

CEO Sri Pahang Sahkan Pasukan Bakal Lakukan Perubahan Pemain Import

Pemain Kacukan Malaysia-Australia Sah Sertai Kuala Lumpur City