Skuad Kuala Lumpur City (KL City) nampaknya serius untuk memburu kedudukan terbaik dalam saingan Liga Super musim ini apabila menandatangani pemain kacukan Malaysia-Australia, Ryan Lambert untuk memperkuatkan jentera tengah.
Pemain yang berusia 22 tahun itu sememangnya merupakan anak jati warga kota kerana beliau dilahirkan di Kuala Lumpur dan tiada masalah untuk memohon status sebagai warganegara yang sah.
“Saya rasa sangat gembira apabila membuat langkah yang besar dalam karier bola sepak saya. Kuala Lumpur merupakan kelab yang besar dan banyak penyokong,” katanya.
Ryan Lambert maakt per direct de overstap naar Kuala Lumpur United FC.
'๐ฌ-๐๐๐ซ๐ญ๐จ๐ ๐๐ง๐๐จ๐ฌ๐๐ก ๐ณ๐ฑ โคณ ๐๐ถ๐ข๐ญ๐ข ๐๐ถ๐ฎ๐ฑ๐ถ๐ณ ๐ฒ๐พ
All the best, Ryan! ๐#metheelmijnhart
— FC Den Bosch (@mijnfcdenbosch) April 28, 2021
Selain itu, Ryan turut mempunyai pasangan kembar, Declan Lambert yang beraksi dalam kelab divisyen 2 Belanda, FC Den Bosch. Mereka berdua menyertai kelab itu sejak 2018.
Declan bermain di posisi pertahanan kanan, manakala Ryan pula sebagai pemain tengah. Kedua-dua mereka layak menyarung jersi kebangsaan England, Malaysia serta Australia kerana memiliki kerakyatan negara itu.
“Saya bersyukur dan ingin memberikan penghargaan kepada FC Den Bosch memberi peluang kepada saya dan abang untuk mengembangkan karier kami dalam kelab profesional,” tambahnya.
Kuala Lumpur City merupakan kelab profesional kedua yang disertai oleh Ryan selain FC Den Bosch kerana sebelum ini beliau hanya beraksi dengan beberapa kelab amatur di Belanda dan Australia.
Jika berjaya mempamerkan prestasi baik dalam saingan Liga Malaysia musim ini, tidak mustahil beliau akan dipanggil menyertai skuad bawah 23 tahun negara pada masa yang akan datang.
Baca artikel lain mengenai perkembangan liga tempatan melalui pautan dibawah.
TERKINI: Kedah Dalam ‘Kumpulan Maut’ AFC Cup 2021 Zon ASEAN, Terengganu Miliki Laluan Selesa
Penang Dapat Saguhati RM10,000 Jika Menang Dalam Setiap Perlawanan