2 wakil Malaysia dalam kejohanan AFC Cup 2021 iaitu pasukan Kedah dan Terengganu yang akan memulakan aksi kira-kira 2 bulan lagi sudah boleh membayangkan cabaran yang akan diterima dalam kumpulan masing-masing.
Ini adalah apabila Persipura Jayapura diletakkan dalam kumpulan H, melengkapkan semua pasukan dalam kumpulan itu iaitu Kedah (Malaysia), Saigon (Vietnam), Persipura Jayapura (Indonesia) dan Lion City Sailors (Singapura). Baca artikel sebelum ini.
Kumpulan H ini boleh dikatakan sebagai ‘kumpulan maut’ dalam perlawanan peringkat kumpulan Zon ASEAN, mengikut senarai pasukan yang mengisi kedudukan seperti diatas.
Manakala untuk pasukan Terengganu dalam kumpulan I pula, mereka perlu menanti pemenang perlawanan play-off diantara pasukan Visakha (Kemboja) menentang Lalenok United (Timor Leste) untuk melengkapkan semua pencabar.
Jika diperhatikan, Terengganu boleh dikatakan memiliki laluan lebih selesa untuk mara ke peringkat seterusnya berbanding pasukan Kedah berdasarkan keupayaan pasukan-pasukan yang ada dalam kumpulan masing-masing.
Namun, kita masih tetap mahukan kedua-dua pasukan Kedah dan Terengganu untuk layak sejauh mungkin dalam kempen AFC Cup 2021 ini bagi membantu menyumbangkan mata AFC MA Ranking Malaysia untuk terus memiliki 1 slot automatik peringkat kumpulan untuk kejohanan AFC Champions League musim akan datang.
Dalam kemasikini yang dibuat oleh pihak AFC pada 26 April lalu, saingan kumpulan H akan bermula pada 29 Jun sehingga 5 Julai, manakala aksi kumpulan I pula akan bermula pada 30 Jun sehingga 6 Julai 2021.
Teruskan membaca artikel-artikel dibawah yang telah kami sediakan untuk anda.
Media Jepun Ini Dedahkan Honda Keisuke Terima Tawaran Untuk Beraksi Dengan Pasukan Selangor
TMJ Secara Santai Melawat Bilik Persalinan Pasukan Terengganu, Ucap Tahniah Menang Keatas JDT