Penyerang Piala Dunia Jepun dan pasukan FSV Mainz, Yoshinori Muto semakin dekat untuk menyertai pasukan Newcastle United dengan nilai perpindahan sebanyak £9 juta, menurut laporan dari Kyodo News.
Pemain yang berasal dari Tokyo itu, sudah 3 musim beraksi dalam saingan Bundesliga bersama FSV Mainz, selepas berhijrah dari FC Tokyo pada musim 2015.
Sepanjang 3 musim beraksi bersama FSV Mainz, Yoshinori Muto telah membuat 66 penampilan dengan 20 gol dijaringkan oleh pemain yang berusia 26 tahun itu.
Selain Newcastle United, sebuah lagi kelab Liga Perdana Inggeris yang berminat untuk mendapatkan khidmat Yoshinori Muto adalah West Ham United serta beberapa buah lagi kelab di Bundesliga.
Siapa Yoshinori Muto Sebenarnya?
Graduan lulusan Keio Universiti dalam bidang ekonomi itu yang merupakan produk sistem akademi bola sepak remaja FC Tokyo sehingga 2010 kerana memilih untuk menyambung pelajaran dalam bidang ekonomi.
Semasa belajar disana, Yoshinori Muto beraksi dalam liga bola sepak universiti Jepun atau dikenali dengan nama JUFA League dan pernah menerima anugerah ‘Rookie of the Year’ pada tahun pertama pengajian.
FC Tokyo kemudian mengikat beliau dengan status khas bagi membolehkan mereka menurunkan dari universiti seperti Muto dalam perlawanan J1 League tanpa mempunyai kontrak profesional.
Akhirnya pada musim 2014, Yoshinori Muto menandatangani kontrak profesional pertama bersama FC Tokyo dan ketua jurulatih ketika ituMassimo Ficcadenti membuat keputusan untuk menggunakan beliau sebagai pemain utama.
Pencapaian paling hebat Muto pada musim pertama adalah berjaya menyamai rekod jaringan ‘debut season’ J1 League dengan menjaringkan 13 gol dari 33 penampilan.