Permohonan penangguhan bersurat pada 12 Mac 2020 pada pukul 05.14 petang kepada Unit Pertandingan MFL telah dibuat oleh TFC. Ianya setelah mendapat persetujuan pihak Pengurus dan Ketua Jurulatih TFC yang lebih melihat keadaan kesiapsiagaan dan kesulitan pasukan berkenaan status perlawanan dan venue mana untuk dituju.
Namun begitu, surat tersebut hanyalah permohonan dan keputusan status permohonan adalah bergantung kepada MFL dan maklum balas melalui surat rasmi MFL pada 13 Mac 2020. Pembelian tiket penerbangan telah dibuat lebih awal oleh kerana jika permohonan ditolak maka TFC akan mengalami kesulitan pengangkutan penerbangan yang sekaligus merencatkan persiapan pasukan dari pelbagai aspek.
Permohonan dibuat oleh kerana situasi tersebut dilihat merugikan dan seolah-olah TFC menjadi mangsa keadaan kerana TFC bermain di tempat lawan yang memerlukan banyak persiapan. TFC perlu melakukan perjalanan 1 hari sebelum, tempoh masa singkat yang ada sebelum berangkat ke tempat lawan.
Oleh kerana status venue belum disahkan amat tidak adil kepada pasukan pelawat kerana pelbagai persiapan harus diselesaikan sama ada logistik dan pasukan. Psikologi para pemain dan barisan kejurulatihan amat terganggu dengan hal ini.
Pembetulan petikan kenyataan MFL “cadangan untuk menukar venue ke SSMZA dengan TFC menjadi tuan rumah tidak dapat dilakukan berikutan pasukan TFC sudah membuat tempahan tiket penerbangan dan penginapan bagi menghadapi perlawanan berkenaan”. TFC telah membuat tawaran kepada PJ CITY FC untuk bermain di SSMZA. Namun begitu, ditolak oleh kerana dimaklumkan pihak PJ CITY FC tidak bersetuju kerana mereka kepenatan untuk bermain “away” berturut oleh kerana PJ CITY FC telah bermain di tempat lawan bertemu Perak FA di Ipoh pada 11 Mac 2020.
Pihak TFC sebenarnya telah berkomunikasi hampir 5 kali secara verbal melalui percakapan telefon dengan Pegawai Pengurusan PJ CITY FC pada 12 Mac 2020 bermula pada pagi sehingga petang dalam isu venue termasuk tawaran bermain di SSMZA.
Selain itu, TFC juga menghubungi pegawai MFL berkenaan status venue hampir beberapa kali namun, dimaklumkan PJ CITY FC masih dalam usaha mendapatkan venue dan pada 12 Mac 2020 sebelah petangnya dimaklumkan perlawanan dengan PJ CITY FC kemungkinan akan dilangsungkan di Stadium Paroi Negeri Sembilan namun akhirnya gagal mendapatkan persetujuan pengurusan stadium.
Isu pembelian tiket dan tempahan hotel pula, sepatutnya tidak menjadi isu oleh kerana tawaran dibuat sebelum TFC membuat pembelian tiket penerbangan pada 12 Mac 2020 pada pukul 4.30 petang dan tempahan hotel pula tiada masalah kerana belum membuat pembayaran dan pembatalan pula boleh dibuat tanpa dikenakan sebarang caj.
Oleh yang demikian, diharap semua penyokong dan peminat bersabar serta sentiasa memberi sokongan kepada TFC. Selain itu, keputusan yang bakal dibuat pihak MFL diharap dipertimbangkan sebaiknya.
Dikesempatan ini juga, TFC menasihati agar semua penyokong memberi penekanan berkaitan langkah pencegahan Virus COVID-19 daripada menular sebagaimana arahan daripada Kementerian Kerajaan Malaysia (KKM). Semoga kita semua berada dalam kesihatan yang baik.
Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Malaysia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.
Perlawanan PJ City Menentang Terengganu FC Ditangguhkan Kerana Tiada Stadium