Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan pengadil tempatan, Suhaimi Mat Hassan telah dilantik sebagai Pengadil Utama bagi aksi Final Piala Dunia Bola Sepak Pantai 2021 yang menemukan tuan rumah, Russia dan Jepun di Luzhniki Beach Soccer Arena, Moscow, 12.30 tengah malam ini (waktu Malaysia).
Suhaimi merupakan pengadil yang cukup berpengalaman dan beliau akan dibantu oleh Sofien Benchabane dari Perancis sebagai Pengadil Kedua, Gionni Matticoli dari Itali sebagai Pengadil Ketiga, Hany Farouk dari Mesir sebagai Penjaga Masa dan Turki Al Salehi dari Oman sebagai Pengadil Simpanan.
Beliau merupakan antara 4 pengadil dari Asia yang dipilih kendalikan Piala Dunia Bola Sepak Pantai 2021 dan mula menjadi Pengadil Utama ketika perlawanan Kumpulan C, Belarus menentang El Salvador serta sebagai Pengadil Kedua bagi perlawanan Kumpulan D, Portugal bertemu Senegal dan perlawanan Kumpulan C, El Salvador lawan Switzerland.
Selain itu, Suhaimi yang juga seorang guru turut bertugas sebagai Pengadil Ketiga pada aksi suku akhir di antara Senegal dan Brazil.
Selamat Bertugas pic.twitter.com/Wv1SogeQYF https://t.co/StiCS7v9R5
— Dunia Sukan Online (@DuniaSukan) August 29, 2021
Ini merupakan pentas Piala Dunia Bola Sepak Pantai kali kelima buat Suhaimi yang sebelum ini telah mengadili empat edisi Piala Dunia Bola Sepak Pantai pada tahun 2011 di Itali, 2013 di Tahiti, 2015 di Portugal dan 2019 di Paraguay.
Pada edisi 2019 itu juga beliau terpilih bertugas pada aksi final yang menemukan Itali dan Portugal sebagai Pengadil Simpanan.
Menurut kenyataan rasmi FAM, pemilihan Suhaimi adalah satu pengiktirafan kepada pengadil dari Malaysia dan juga pencapaian terbaik secara peribadi yang mampu meningkatkan lagi profil beliau dalam bidang pengadilan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.
Kalah Besar Berdepan UiTM, Kurniawan ‘Direhatkan’ Berkuatkuasa Serta-Merta
Kisah Anwar Ridhwan, Dari Pemain Bola Sepak Kepada Jurutera Kanan Syarikat Gergasi Minyak Negara
MFL: Naib Juara Liga Super Dan Juara TM Piala Malaysia Akan Terima Slot Ke Kejohanan AFC Cup 2022