Pendapatan semusim Lionel Messi telah didedahkan setelah musim MLS hampir berakhir. Dan pemain itu menerima €30.3 juta atau sekitar RM153 juta semusim di Inter Miami.
Baca Juga:
- Fabrizio Romano Dedahkan Pemenang Ballon D’Or Ialah Messi
- Messi Ketuai Pencalonan MVP Tahunan MLS Walaupun Beraksi 4 Kali Sahaja
- Ballon d’Or: Messi Ketuai Senarai Finalis, Namun Tiada Nama Ronaldo
Gaji asas Messi adalah sekitar €11.3 juta. Sementara €19 juta lagi adalah dalam bentuk bonus terjamin yang dia sah akan dapat.
Lionel Messi's salary listed in the new MLSPA Salary Guide is
Base Salary
$12,000,000.00Guaranteed Compensation
$20,446,667.00#MLS #MLSSeasonPass #MLSMVP #Messi #LionelMessi #argentina #Barca pic.twitter.com/c4t8mdOyD3— Favian Renkel (@FavianRenkel) October 18, 2023
Ini bermakna Messi masih ada pendapatan lain sebagai tambahan. Cuma asasnya dia menerima €30.3 juta sebagai bayaran pasti dapat.
Dilaporkan Messi masih boleh meraih sekitar €45 juta keseluruhannya semusim di MLS kerana dia juga turut ada kawalan kepada hak imejnya.
Inter Miami tidak menanggung sepenuhnya gaji Messi. Kerana Apple TV dan juga meyumbang kepada pendapatan pemain itu.
Seterusnya, Messi akan memperoleh bonus hasil jualan tiket perlawanan Inter Miami. Kelab itu adalah kelab dengan jualan tiket bermusim termahal di MLS ketika ini dan antara tertinggi di dunia.
Di mana angka tiket tahunan kelab itu melonjak sehingga 558% daripada sebelum ini.
Messi jauh meninggalkan Lorenzo Insigne sebagai penerima gaji kedua tertinggi di MLS dengan keseluruhan €21.62 juta.
Sebelum ini Messi menerima tawaran jauh lebih lumayan daripada apa yang dia dapat di Inter Miami. Ini selepas Al Hilal sedia membayar Messi pakej pendapatan pasti dapat sebanyak €400 juta semusim selama 3 musim – bernilai sekitar €1.2 billion.
Namun Messi menyatakan dia memilih MLS atas faktor keluarga. Kerana isteri dan anak anaknya suka tinggal di AS. Mereka sekeluarga sudah membeli rumah di AS dan seringkali bercuti ke negara itu apabila bercuti.