Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak membenarkan pasukan untuk memotong gaji pemain sekiranya mereka masih mempunyai hutang yang belum dilangsaikan.
Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam menjelaskan pasukan tidak boleh menghadapi tunggakan gaji bagi bulan Mac bagi membolehkan mereka melaksanakan pemotongan gaji bagi bulan April.
“Tiada laporan rasmi mengenai tunggakan gaji bagi bulan Mac tetapi itu tidak bermakna ia tidak berlaku.
“Mungkin situasi domestik menyebabkan kelewatan di beberapa pasukan namun ada dua kategori bagi situasi ini. Kategori A adalah pemain faham situasi kelab dan terima pembayaran gaji secara ansuran atau pakej penyusunan semula dan kita terima kalau ada perjanjian.
“Tetapi bagi kategori B, mereka tidak bayar gaji Mac dan tidak dapat persetujuan dengan pemain tetapi mahu potong gaji April. Itu kami tidak terima dan itu akan menyebabkan pemotongan bagi April terbatal.
“Jika masih tidak membayar gaji April, kami akan mengambil tindakan merealisasikan gaji penuh untuk bulan itu. Kita pun perlu melindungi hak pemain untuk dapatkan gaji yang sepatutnya,” kata Stuart.
FAM sebelum ini memperkenalkan Garis Panduan Pelarasan Gaji FAM berkaitan penetapan kadar pemotongan gaji untuk mana-mana pasukan atau kelab bertanding yang masih gagal mencapai persetujuan bersama selepas tamat tarikh akhir yang ditetapkan pada 22 April 2020.
Anda boleh membaca garis panduan yang dikeluarkan oleh FAM dengan lebih terperinci di sini.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
JDT, Pahang Dan Kedah Ke Asia Tahun Depan Jika Saingan Liga Malaysia 2020 Dibatalkan
TERKINI: MFL Rancang Untuk Meneruskan Saingan Liga Malaysia Pada Bulan September