Peminat wanita Man United sangat kecewa dengan tindakan kelab itu berdasarkan kenyataan rasmi kelab yang terbaru tentang pendirian kelab itu berkaitan Mason Greenwood.
Baca Juga:
- Man United Mahu Tolak Greenwood Secara Pinjaman Ke Kelab Lain
- Greenwood Dapat Tawaran Kelab Turki
- Polis Manchester Dikritik Beri Layanan ‘Double Standard’ Kepada Greenwood Sepanjang Ikat Jamin
Protes tentang perkara itu sudah dibuat minggu lalu apabila kelab dilaporkan membenarkan Greenwood kembali berlatih dan menggunakan fasiliti kelab.
Dan dalam kenyataan rasmi kelab, sudah ditulis bahawa kelab akan mengumumkan keputusan mereka ke atas masa depan Greenwood di kelab itu.
Walaupun belum menyatakan bahawa Man United akan menerima semula Greenwood sebagai pemain utama, namun peminat yakin, berdasarkan kenyataan kelab itu jelas menyatakan bahawa mereka masih mahu memberikan peluang kepada Greenwood.
Greenwood digantung tugasan oleh Man United selepas terlibat dalam keganasan domestik ke atas teman wanitanya. Dia memukul dan merogol Harriet Robson dengan video dan audio tersebar di media sosial.
Namun pertuduhan ke atas Greenwood digugurkan oleh mangsa yang kemudian menerima semula pemain itu sebagai teman lelakinya. Malah kedua duanya kemudian sedia menimang cahaya mata.
Man United kemudian menyatakan bahawa, kelab akan melancarkan siasatan dalaman untuk menilai semua bukti yang ada. Mereka kemudian menggantung Greenwood daripada tugasannya.
Dan selepas beberapa bulan, Man United menjelaskan bahawa mereka sudah berbincang tentang kedudukan Greenwood selepas pemain itu dibebaskan dari kesemua pertuduhan serta berdasarkan bukti yang digelar oleh Man United sebagai tidak lengkap / partially evidence yang tersebar di domain umum.
Laporan dari Manchester menyebut, Richard Arnold sudah mengarahkan staf kejurulatihan pasukan agar bersedia untuk menerima semula Mason Greenwood.
Peminat wanita Man United membantah pendirian kelab yang masih membuka pintu kepada Greenwood. Kerana menurut mereka – walaupun Greenwood dibebaskan daripada semua pertuduhan – ianya kerana mangsa memutuskan untuk tidak mendakwa Greenwood.
Namun bukti keganasa Greenwood ke atas wanita adalah jelas dan kelab seharusnya bertindak tegas dalam situasi itu dengan membuang Greenwood daripada pasukan.
— 𝒟𝑒𝓍 ™️ (@DexTalksBall) August 16, 2023
Persatuan Peminat Wanita Manchester United mengeluarkan kenyataan mengkritik kelab di atas kenyataan mereka yang jelas masih mahu memberikan peluang untuk Mason Greenwood.
Our statement in full. pic.twitter.com/4oBjirfAEa
— Female Fans Against Greenwood's Return (@FFAGR2023) August 11, 2023
Mereka menggariskan bahawa: “Jelas sekali tindakan menerima kembali Mason Greenwood ke dalam pasukan adalah mernomalisasikan serangan seksual serta keganasan domestik.”
“Dan ianya adalah mesej kepada pemain lain, serta lelaki dewasa dan lelaki muda yang mengikuti mereka [pemain bola sepak] bahawa mendera perempuan itu adalah perkara yang diterima, ianya tidak memberikan kesan, dan tidak akan memberikan impak kepada karier kamu.”
“Ini juga memberitahu kita semua bahawa, wanita itu tidak penting. Ianya memberitahu bahawa staf wanita Manchester United bahawa mereka harus senang bekerja dengan pendera wanita.”
“Serta memberitahu ratusan ribu peminat wanita yang menyokong pasukan yang kita sayang pada masa yang sama menyokong lelaki kaki pukul wanita. Tanpa memikirkan keselamatan dan pengalaman yang dilalui wanita yang menjadi mangsa.”