Baru-baru ini, ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon memanggil seramai 25 pemain bagi menyertai kem latihan pusat untuk menghadapi saingan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 dan salah seorang pemain naturalisasi, Mohadamou Sumareh menjadi sorotan ramai pihak.

Baca Juga:

Setelah lama menghilang dari radar pasukan negara, Sumareh kembali dipanggil untuk beraksi selain empat lagi pemain iaitu Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, Shahrul Saad, Syahmi Safari dan Afiq Fazail.

Setelah pengumuman dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), rata-rata peminat mempersoalkan keputusan Kim Pan-gon memanggil kembali Mohamadou Sumareh yang mana mereka berpendapat terdapat pemain lain yang lebih layak untuk dipanggil bagi membawa cabaran pasukan negara dalam saingan kelayakan kali ini.

Ada peminat yang berpendapat Syafiq Ahmad lebih layak untuk berada dalam senarai akhir selepas pemain itu menampilkan kebangkitan dengan menjaringkan dua gol ketika Johor Darul Ta’zim (JDT) menewaskan Perak dengan keputusan 8-1 pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2023.

Selain itu, ada peminat yang berpendapat seorang lagi pemain JDT, Hong Wan sepatutnya berada dalam senarai 25 pemain bagi memantapkan lagi bahagian tengah negara kerana di posisi sayap, pasukan sudah mempunyai pemain yang cukup dan mempunyai kualiti yang tersendiri.

Setakat artikel ini ditulis, masih belum ada penjelasan dari Pan-gon mengenai keputusannya untuk memanggil kembali bekas pemain Sri Pahang dan Police Tero itu.

Pasukan negara akan memulakan sesi latihan pada hari Jumaat, 10 November 2023 sebelum menghadapi perlawanan pertama dan kedua Kumpulan D, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bermula 16 November.

pertama Kumpulan D menentang Republik Kyrgyz pada Khamis, 16 November 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebelum terbang ke Taipei City bagi perlawanan kedua bertemu Chinese Taipei di tempat lawan pada Selasa, 21 November 2023.

Sementara dua lagi pertembungan lain dalam Kumpulan D menyaksikan Oman bertemu Chinese Taipei di Muscat pada 16 November 2023 dan Republik Kyrgyz menanti kunjungan Oman di Bishkek pada 21 November 2023.