Peminat Kawasaki Frontale memberikan pesanan ringkas dan penuh makna terhadap peminat Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas kedua-dua pasukan berentap dalam saingan AFC Champions League (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim semalam.
Baca Juga:
- ACL 2023/24: JDT Tewas Tipis Kepada Kawasaki Frontale
- Piala Malaysia 2023: Atasi Negeri Sembilan, JDT Bawa Pulang Bekalan Selesa
- Rozaimi Rahamat Sertai Skuad Futsal JDT
Kawasaki mencatat kemenangan tipis ke atas JDT dengan keputusan 1-0 menerusi jaringan tunggal Marcinho pada lewat separuh masa pertama sekaligus memberikan tiga mata penuh untuk kelabn Jepun itu.
Selepas perlawanan, beberapa akaun peminat JDT meluahkan kekecewaan mereka terhadap kualiti pengadil dari Qatar, Abdul Rahmad Al-Jasim yang dianggap berat sebelah dan banyak membuat keputusan yang merugikan wakil tunggal Malaysia itu.
Many questionable decisions were made by the ref. well done @theafcdotcom @TheAFCCL, you rob us. https://t.co/uyyn9oq0Nb
— JDT Fans (@JDTFCFans) September 19, 2023
Insiden yang menarik perhatian ialah ketika pemain sayap JDT, Arif Aiman dijatuhkan sebanyak dua kali dalam kawasan penalti Kawasaki namun Abdul Rahman tidak memberikan sepakan penalti bagi pasukan tuan rumah.
Selain itu, ada juga insiden yang mana Abdul Rahman tidak menggunakan khidmat Video Assistance Referee (VAR) untuk melihat semula kejadian yang berlaku sekaligus menafikan peluang JDT bagi mencipta jaringan.
Segelintir peminat Kawasaki Frontale tidak berdiam diri dengan rungutan peminat JDT itu dan mereka kemudiannya membalas ciapan di media sosial dengan memberikan pesanan ringkas terhadap peminat lawan.
Your team lost because there were a lot of rough plays.
No matter what you say, you're just going to sound like a sore loser. 🤣🤪
See you in the next game https://t.co/lcSxQUKn7S pic.twitter.com/PJlaKDoURQ— 8 (@Eito8b) September 19, 2023
“Pasukan anda kalah kerana bermain kasar. Tak kira apa yang anda katakan, ia akan kedengaran seperti peminat pasukan yang kalah. Jumpa lagi di Jepun untuk perlawanan seterusnya,” kata seorang peminat.
Perlawanan seterusnya akan menyaksikan JDT bakal terbang ke Thailand untuk bertemu BG Pathum United pada 3 Oktober ini yang mana mereka tewas kepada Ulsan Hyundai pada aksi pembukaan dengan keputusan 3-1.
Penyerang Ulsan, Martin Adam menjadi wira apabila menjaringkan hatrik manakala BG Pathum turun tanpa pemain bintang mereka iaitu Chanathip Songkrasin.