Peminat Indonesia mempelawa pemain sayap negara, Safawi Rasid untuk beraksi dalam saingan Liga 1.
Baca Juga:
- Safawi Rasid Tinggalkan Ratchaburi
- Persib Bandung Berminat Dapatkan Safawi Rasid?
- Bergambar Bersama Ejen Choi Moon-sik, Peminat Harap Safawi Rasid Beraksi Di Liga Korea
Salah satu akaun peminat iaitu Indo Transfer mempelawa bekas pemain Ratchaburi itu untuk beraksi di Liga 1 dan pelawaan itu mendapat respon positif daripada peminat yang lain.
“Ayuh datang ke Indonesia Pawi,” dipetik dari ciapam Indo Transfer.
Selain Safawi, peminat dari negara seberang turut berpendapat pemain lain seperti Brendan Gan, Akhyar Rashid dan Corbin-Ong antara pemain dari Malaysia yang dianggap boleh menaikkan mutu liga negara itu.
Sebelum ini, terdapat laporan yang mengatakan salah satu kelab Liga 1, Persib Bandung berminat untuk menandatangani Safawi Rasid setelah pemain itu menamatkan tempoh pinjaman bersama Ratchaburi.
Akan tetapi, laporan tersebut hanyalah khabar angin apabila Safawi kembali berlatih bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas kembali dari Thailand.
Sekiranya berjaya memikat hati pengendali JDT, Esteban Solari ketika sesi latihan, tidak mustahil pemain berusia 26 tahun itu diturunkan dalam perlawanan Liga Malaysia selepas ini.
Hanya saja beliau perlu bersaing dengan beberapa pemain sayap sedia ada dalam JDT seperti Arif Aiman, Ramadhan Saifullah, Mohamadou Sumareh dan Akhyar.