Pemilik Chelsea, Todd Boehly mengarahhkan penjualan Romelu Lukaku ke Arab Saudi sebelum jendela perpindahan berakhir.
Baca Juga:
- Al Hilal Mahu Beli Lukaku £40 Juta
- Lukaku Jadi Mangsa Serangan Perkauman
- Inter vs Milan: Lukaku Dan Martinez Bawa Inter Ke Final UCL
Sebelum ini Lukaku menolak ke Arab Saudi kerana masih mahu bermain di Eropah. Al Hilal pernah menawarkan bayaran €40 juta untuk membeli Lukaku sebelum ini.
Ianya dianggap harga yang sangat baik oleh kedua dua pihak.
Penjualan Luaku sepatutnya tidak menjadi rumit kerana Inter Milan benar benar berminat mendapatkan pemain itu.
Namun Lukaku sendiri membuatkan ia menjadi sukar. Apabila dia diketahui telah mengadakan kesepakatan dengan Juventus.
Inter kemudian menarik diri. Dan Juventus sudah menyatakan kepada Lukaku, mereka hanya akan membeli pemain itu apabila Dusan Vlahovic dijual.
Lukaku yang sudah menyatakan bahawa dia tidak mahu bermain untuk Chelsea lagi, tidak menyertai aktiviti pra musim pasukan itu.
Kini Todd Boehly mahukan pegawainya mempercepatkan penjualan Lukaku untuik membantu mereka dalam akaun FFP.
Berita itu kurang disenangi Lukaku. Kerana dia masih mahu bermain di Eropah kerana percaya bahawa dia masih lagi salah seorang penyerang terbaik di dunia pada masa ini.
Lukaku tidak menerima perpindahan ke Arab Saudi tersebut dan menyatakan dia mahu bermain di Liga Juara Juara Eropah.
Seterusnya, Chelsea dan Juve gagal mencapai kesepakatan untuk perjanjian pertukaran pemain antara Lukaku dan Vlahovic. Ini selepas Juventus meminta Chelsea menambah lebih €60 juta lagi.
Membuatkan rundingan itu sukar diteruskan pada masa ini.