Kelab Bola Sepak Kuala Lumpur City (KL City) bakal mengorak langkah ke hadapan apabila merancang untuk menjalinkan kolaborasi dengan beberapa kelab Liga Pro UAE.
Baca Juga:
- Bersama KL City, Caion Mahu Pecah Rekod 24 Jaringan Dihasilkan Musim Lalu
- KL City vs Al Seeb: Impian Skuad Warga Kota Julang Piala AFC 2022 Tidak Kesampaian
- Bojan Hodak Masih Tak Percaya KL City Berjaya Ke Final Piala AFC
Perkembangan tersebut didedahkan oleh pemilik baharu yang juga jutawan muda, Azri Azerai melalui laman twitternya. Beliau kini berada di UAE untuk intai peluang kerjasama dengan kelab domestik di sana.
Currently in UAE – looking for potential collaboration between KL City FC and domestic clubs here.
Stay tuned 🙏
— Azri Azerai (@azri28) February 1, 2023
KL City yang juga merupakan naib juara Piala AFC 2022 pernah terpalit dengan isu kewangan dan merupakan antara kelab yang mempunyai bajet kecil. Namun, semuanya akan berubah apabila kelab tersebut diambil alih oleh Azri Azerai yang bercita-cita untuk memajukan KL City ke tahap yang lebih tinggi.
Bagaimanapun, sehingga kini belum ada pengumuman rasmi mengenai pengambil alihan tersebut dan dijangka akan selesai pada suku pertama atau sekitar bulan Mac ini.
Azri juga kerap berkongsi perkembangan dan gambar sesi latihan pemain KL City menerusi laman instagram story sekaligus menunjukkan minat yang tinggi terhadap skuad warga kota.
2nd most valuable team in the League pic.twitter.com/Xr0WsWRtMd
— Azri Azerai (@azri28) January 26, 2023
Berusia 23 tahun, Azri merupakan anak kepada ahli perniagaan terkemuka tanah air, Datuk Seri Noor Azerai Ahmad. Malah, beliau juga merupakan Pengarah Eksekutif untuk syarikat Bintai Kinden Corp Bhd.
Mempunyai kelulusan ijazah dalam bidang kewangan, pelaburan dan risiko dari The London Institute of Banking & Finance dan turut menjadi ahli lembaga pengarah kepada 3 syarikat yang disenarai di Bursa Malaysia.
KL City berpotensi menjadi pencabar utama Liga Super jika proses pengambil alih kelab itu oleh Azri berjaya kerana mereka akan mempunyai kekuatan dari segi kewangan untuk membeli pemain terbaik serta membina fasiliti latihan sendiri.