Kapten skuad Harimau Malaya, Dion Cools menegaskan barisan pemain akan berjuang habis-habisan untuk menghadiahkan trofi pertama kepada ketua jurulatih, Kim Pan-gon apabila menentang Tajikistan pada final Pestabola Merdeka 2023 malam ini.
Baca Juga:
- Pestabola Merdeka 2023: Jurulatih Tajikistan Minta Pengadil Lebih Bagus Pada Aksi Final
- Tiada Siaran Langsung Pestabola Merdeka 2023 Di Saluran RTM
- Pestabola Merdeka 2023: Operasi LRT Bukit Jalil Dilanjutkan Sehingga Tengah Malam
Menurutnya, para pemain kini lebih bersemangat dan bermotivasi berbanding ketika menentang lawan yang sama di Kejohanan Piala Raja Thai tahun lepas.
“Kita ada pengalaman menentang mereka di King’s Cup tahun lalu di perlawanan akhir. Tetapi sekarang kita bermain di gelanggang sendiri jadi ia memberi semangat dan motivasi yang lebih kepada kami.
“Beraksi di pentas final Pestabola Merdeka adalah kenangan terindah terutamanya mendapat sokongan padu daripada penyokong sendiri di Stadium Nasional Bukit Jalil.
“Kita akan beraksi dengan baik kerana semua pemain tidak berhadapan masalah untuk beraksi sekali gus dapat membawa pulang trofi Pestabola Merdeka,” kata Dion Cools.
Cools berkata, perbezaan taktikal yang ditampilkan Pan-gon sudah pastinya meningkatkan lagi keupayaan pasukan sekali gus mampu mengejutkan lawan yang berada di ranking lebih baik.
“Prestasi skuad Harimau Malaya meningkat setiap perlawanan dan apa yang boleh saya katakan gaya dan taktikal ditampilkan berbeza dalam pasukan kebangsaan dan bersama kelab.
“Barisan pemain perlu berusaha menyesuaikan diri dengan pendekatan baharu diperkenalkan Pan-gon demi memastikan pasukan berada pada tahap lebih baik.
“Cabaran yang dilalui sememangnya besar termasuklah tekanan dihadapi. Namun, segalanya itu menjadikan pasukan lebih baik dan maju ke depan,” katanya,