Jurulatih Tajikistan Petar Segrt sempai menyindir mutu pengadilan antara Malaysia dan India dan berharap pada aksi final, pengadil yang lebih bagus bertugas.

Tajikistan akan berdepan dengan Malaysia dalam aksi final Pestabola Merdeka. Selepas Malaysia menundukkan India 4-2 sebelum ini.

Di mana berlaku kontroversi apabila kem India mendakwa pengadil berat sebelah. Ini termasuk tindakan pengadil tidak meberikan gol ketiga India. Kem India merasakan gol sudah melepasi garisan gol.

Bercakap pada sidang media, Petar Sergt, jurulatih Tajikistan itu sempat memberikan komen tentang mutu pengadil sebelum ini.

Sergt mengakui dia sudah bercakap dengan Igo Stimac. Dan percaya India sudah bermain sangat baik.

“Saya sudah bercakap dengan Stimac, Malaysia bermain bola sepak yang hebat dan sedikit beruntung kerana keputusan pengadil.”

“Dan untuk aksi esok [final Pestabola Merdeka 2023], saya berharap pengadil yang lebih tepat dalam keputusan, namun inilah bola sepak.”

Segrt turut menyatakan kekagumannya ke atas corak taktikal Harimau Malaya walaupun mengakui dia tidak dapat hadir pada aksi semifinal lalu kerana perlu berehat atas nasihat doktor.

“Kamu mempunya pemain pemain yang luar biasa, dan saya suka melihat corak permainan kamu, ianya sangat bagus” tegas jurulatih itu lagi.

Analisis Vocket: Peranan Central Winger Arif Aiman vs India

Bercakap tentang kekuatan pasukannya, Sergt menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai skuad terbaik mereka kerana kelab seperti Istiklol yang merupakan juara Tajikistan enggan melepaskan pemain mereka.

Malaysia pastinya mengharapkan intensiti yang sama akan dipamerkan dalam aksi menentang Tajikistan esok dan berharap dapat menjulang Pestabola Merdeka di Stadium Nasional Bukit Jalil.