Arif Aiman bermain dengan sistem yang agak menarik dalam perlawanan menentang India iaitu sebagai central winger.
Baca Juga:
- Analisis Vocket: 3 Sebab Man City Kalah Di Tangan Arsenal
- Analisis Vocket: Eksperimen Enrique Turunkan Kuartet Serangan Makan Diri
- Analisis: 5 Masalah Utama Chelsea Ketika Ini
Malaysia menang 4-2 ke atas India dalam aksi persahabatan antarabangsa yang juga merupakan aksi separuh akhir pesta bola merdeka 2023.
Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil ada beberapa elemen taktikal penting yang kami saksikan.
1. Sinergi Arif Aiman dan Faisal Halim
Aksi menentang India menguatkan lagi kedudukan dua pemain ini sebagai pemain penting Kim Pan Gon.
Arif Aiman diberikan peranan lebih bebas seperti central winger dalam perlawanan menentang India.
Apa itu false no.10 atau central winger? Rujuk peranan Mesut Ozil atau Angel Di Maria. Mereka berada di no.10 namun sentiasa aktif bergera ke bahagian sayap.
Ketika Arif Aiman bergerak ke sayap, kanan akan berlaku perubahan peranan dengan Faisal Halim. Jika dia bergerak ke kiri, Akhyar Rasid akan masuk ke peranan false no.9.
Namun hubungan yang jelas adalah antara Arif Aiman dan Faisal Halim memberikan masalah besar kepada India.
Kita semua tahu Arif Aiman suka bermain di sayap kanan. Dan Faisal Halim pun memiliki kekuatan di posisi yang sama. Jadi Kim Pan Gon mencipta sistem ini agar Arif Aiman boleh sahaja menggunakan koridor di kanan bila bila masa dia suka. Dengan Faisal Halim akan berubah peranan segera.
2. India tak ada idea corak permainan Malaysia
Mungkin kurangnya informasi tentang pasukan Malaysia dan merujuk Harimau Malaya sebagai pasukan jauh lebih ke belakang ranking berbanding mereka. Membuatkan India ada sedikit ciri ciri terlalu yakin dalam perlawanan ini.
India yakin mereka pasukan lebih baik. Namun mereka dikejutkan dengan sistem permainan high pressing oleh negara di ranking ke-134.
India beberapa kali melakukan kesilapan ketika build up dari bawah kerana high pressing ini.
Gol Faisal Halim adalah kesan secara langsung / direct daripada sistem high pressing Malaysia ke atas India.
Pada separuh masa kedua, India cuba menaikkan tempo permainan namun langsung tidak ada pelan taktikal tambahan untuk mengubah perlawanan.
3. Malaysia lebih tajam
Gol Dion Cools dibuat dengan sangat cantik. Ianya adalah hasil daripada kesilapan lawan yang gagal membuang bola dari kotak bahaya.
Seterusnya, Arif Aiman tidak mempersiakan penalti beliau, kemudian Faisal Halim tenang menyudahkan peluang 1 v 1 walaupun sebelum itu dia terlepas peluang gol.
Kemudian Corbin Ong turut menggunakan kesempatan yang ada padanya dengan sebaiknya. India memiliki beberapa peluang namun mereka gagal lebih baik melakukan penyudah berbanding Malaysia.
Malaysia beraksi dengan mood yang sangat baik. Misalnya, pemain pemain sentiasa menyokong antara satu sama lain ketika ada yang melakukan kesilapan.
Kim Pan Gon sedang membina skuad yang benar benar berjuang sebagai satu pasukan dengan jiwa dan bahasa bola sepak yang sama.
Saksikan rangkuman aksi di sini: