Isu high line menjadi masalah utama Malaysia dalam kedua dua gol yang mereka lepaskan ke atas Thailand.

Baca Juga:

Walaupun pada awalnya, pendekatan Malaysia lebih pragmatik dan berada di garisan rendah. Perubahan taktikal separuh masa kedua diambil. Dan ianya memakan diri berbanding memberikan pulangan.

Malaysia berhadapan Thailand dalam aksi kedua kumpulan B, acara bola sepak lelaki Sukan SEA.

Selepas beraksi cemerlang pada perlawanan pertama dengan kemenangan 5-1 ke atas Laos, Malaysia kali ini kalah 0-2 di tangan Thailand.

Sukan SEA 2023: Malaysia Kecundang Di Tangan Thailand

Sistem serangan Thailand vs Chain of 5 Malaysia

Thailand ketika menyerang, banyak bergantung kepada flanker di kanan mereka.

Dan mereka akan sedaya upaya untuk memenuhkan kotak penalti ataupun pertiga akhir padang dengan pemain yang ramai. Ini yang digelar overloading.

Malaysia secara formasi bertahan dengan sistem chain of 5. Dan sistem ini berjaya mengurangkan impak serangan Thailand. Kerana unit pemain yang cukup untuk kekal kompak.

Malaysia akan membentuk 5-2-3 pada fasa tiada bola ataupun bertahan.

Dalam 25 minit pertama, Thailand tidak benar benar menghadirkan percubaan bahaya kerana kekurangan ruang untuk mereka gunakan.

Kelemahan Malaysia di final third

Perlawanan ini bukanlah terlalu taktikal untuk Malaysia. Kerana kedua dua pasukan sebenarnya ada kelemahan tersendiri dalam keadaan cuaca dan padang yang mencabar.

Jadi, dalam situasi ini, aspek teknikal menjadi taruhan.

Malaysia memiliki kelemahan di final third dari segi membuat keputusan (decision making) dan juga teknikal. Ianya seringkali tidak selari.

Milsanya dalah situasi ini, keputusan dibuat sudah baik. Fergus Tierney melorongkan kepada Saravanan.

Dan ianya mewujudkan 2 v 1 dengan pertahanan akhir Thailand.

Namun kualiti teknikal di sini menjadi isu. Saravanan gagal menghantar bola kepada rakan dengan ruang yang dia ada.

Mungkin dia boleh melakukan hantaran daripada laluan hadapan pertahanan(B) itu dengan teknik hantaran yang baik?

Ini adalah satu lagi contoh di mana Mukhairi dalam situasi ini memutuskan untuk menggelecek blok 2 pertahanan di hadapannya berbanding cuba menolak kepada 2 opsyen yang terssedia.

Dan akhirnya dia hilang bola!

Thailand manipulasi kelemahan high line Malaysia.

Malaysia mulai bermain permainan lebih terbuka pada separuh masa kedua.

Dan ianya tidak begitu bagus. Kerana Malaysia mulai menolak ramai pemain ke atas.

Tiada pelan yang jelas terhadap perlindungan kepada barisan pertahanan di tengah. Di mana sistem pivot Malaysia tidak dapat melindungi backline.

2 gol Thailand terhasil daripada perubahan sistem permainan Malaysia yang membenarkan mereka bermain dengan corak yang mereka mahukan.

Ruang!

Itu yang mereka cari sepanjang separuh masa pertama.

Gol pertama adalah berpunca daripada kegagalan Malaysia mengesan ancaman yang cuba dihadirkan Thailand menerusi larian awal pemain serangan mereka.

Situasi seperti ini, pertahanan Malaysia terlalu fokus kepada bola / defending the ball. Dan terlepas visi pada gerakan pemain Thailand.

Asas kepada bola sepak adalah scanning. Ini yang tidak dilakukan sebaiknya oleh pemain Malaysia menyebabkan mereka diancam dari belakang.

Gol kedua cerita dia hampir sama cuma perlaksanaan berbeza. Thailand memerangkap Malaysia dengan permainan kombinasi dan kemudian pertahanan sudah hilang kelebihan ketika cuba melakukan track back kerana lawan sudah bergerak dua atau tiga langkah lebih awal.

Rumusan

E Elavarasan mahu mencari kemenangan dalam perlawanan ini. Dan dia mengubah corak permainan Malaysia pada satu tahap di separuh masa kedua.

Ianya langkah yang harus diambil untuk menang. Namun itulah bola sepak. Perubahan seperti itu ibarat gamble. Kadangkala memberikan kita pulangan. Dan kadangkala merugikan kita.

Kali ini ianya merugikan Malaysia. Ini kerana Malaysia berjaya mencipta lebih banyak peluang daripada sistem ini namun tiada penyudah.

Dai di belakang pula Thailand memanipulasi garisan tinggi atauoun high line Malaysia ini dengan mendapat 2 gol.

Banyak perkara yang boleh dipelajari daripada 2 perlawanan pertama ini. Untuk berhadapan lawan aksi seterusnya.