Seorang pemain pasukan Kuching FA yang bertugas di Hospital Sentosa dilaporkan positif COVID-19 dan diklasifikasikan dalam kluster hospital tersebut mengikut satu kemaskini yang dibuat melalui laman sosial Facebook sebentar tadi.
Bertindak dari pengesahan jangkitan positif itu, Kuching FA mengumumkan bahawa semua aktiviti sesi latihan mereka dihentikan buat sementara waktu sehingga menerima maklum balas serta arahan dari pihak berkuasa.
Namun begitu, tinjauan kami dilaman sosial Facebook Kuching FA mendapati kemaskini tersebut telah dipadamkan, berkemungkinan selepas menerima arahan dari pihak atasan atau pihak yang berkuasa.
Ini juga merupakan kes positif pertama yang dialami oleh pemain bola sepak dalam saingan Liga Malaysia dan isu ini mungkin menjadi sensitif terhadap persekitaran bola sepak domestik yang akan bermula tidak lama lagi.
Apa pun, sama-sama kita doakan agar pemain tersebut cepat sembuh serta semua pemain dan staf kejurulatihan kelab Kuching FA tidak dijangkiti oleh wabak itu yang kini nampaknya kembali mengganas.
Kemaskini: Laman sosial Facebook Kuching FA telah mengemaskini perkembangan berita diatas.
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ sediakan untuk anda.
Bekas Pemain JDT, Juan Martin Lucero Kini Sedang ‘Diintai’ Oleh Sebuah Kelab Dari Liga Malaysia