Pemain kacukan Malaysia-Australia, Quentin Cheng sah menyertai pasukan Selangor bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.
Perkara ini disahkan oleh Quentin apabila beliau memuat naik satu gambar di laman media Instagram miliknya dimana pemain berusia 20 tahun itu menyatakan gembira dapat menandatangani kontrak profesional bersama Selangor.
Sebelumnya, pemain kacukan ini terlibat dalam beberapa perlawanan pra musim bersama pasukan pembangunan iaitu Selangor II.
Quentin mula mendapat perhatian pasukan tempatan setelah beliau beraksi bersama skuad B-23 tahun negara dalam temasya Sukan SEA 2019 di Filipina.
Selangor II dibimbing oleh Michael Feichtenbeiner dan akan beraksi dalam saingan Liga Perdana. Quentin dijangka bersaing dengan pemain muda yang lain seperti Anwar Ibrahim bagi mendapat tempat dalam pasukan utama di samping Syahmi Safari.
Baca artikel lain mengenai Quentin Cheng dan pasukan Selangor di sini:
Safuwan Baharudin Nafi Sertai JDT, Tidak Berniat Sakitkan Hati Penyokong Selangor
Selangor Berdepan Risiko Tidak Dibenarkan Beraksi Di Stadium Shah Alam Atas Faktor Keselamatan