Dick Advocaat merupakan bekas pengurus pasukan kebangsaan Belanda dan dia telah menghina pasukan kerdil yang menentang Az Alkmaar.

Baca Juga:

Advocaat yang kini menjadi pundit bertugas dalam ulasan aksi UEL antara AZ Alkmaar menentang kelab dari Bosnia, HSK Zrinjski Mostar.

Ini merupakan pencapaian bersejarah buat Zrinjski yang layak ke peringkat kumpulan UEL buat pertama kali dalam sejarah kelab itu. Dan menjadi kelab dari Bosnia & Herzegovina yang pertama melakukannya.

Pada separuh masa pertama Zrinjski yang beraksi di tempat sendiri, telah ketinggalan 0-3 di tangan AZ Alkmaar.

AZ mendapat 3 gol tersebut hasil jaringan Myron Van Brenderode, Sven Mijnan dan Dani De Wilt.

Dalam ulasan separuh masanya, Dick Advocaat telah menghina kelab kerdil Zrinjski sebagai memalukan dan tidak layak beraksi di UEL sama sekali.

Dick Advocaat berkata: “Pasukan ini sangat teruk, tidak ada kemampuan untuk bersaing.”

“Bagaimana pasukan seteruk ini boleh dibenarkan beraksi di pertandingan eropah? Memalukan.”

Dick Advocaat menjangkakan bahawa pasukan kerdil Zrinjski akan dimalukan lebih teruk pada separuh masa kedua. Namun itu tidak berlaku, kerana kelab yang dia hina itu akhirnya memalukan kelab dari Belanda, AZ Alkmaar.

Zrinjski telah bangkit menjaringkan 4 gol pada separuh masa kedua. Bermula dengan gol Zvonimi Kozulj pada minit ke-48, kemudian Josip Corluka pada minit ke-68, kemudian Aldin Hrvanovic menyamakan kedudukan pada minit ke-71.

Gol kemenangan Zrinjski hadir pada kinit ke-81 meneurusi Zvonimir Kozulj yang mencetak gol kedua peribadinya.

Dick Advocaat menanggung malu di studio kerana terlalu memandang rendah pasukan dari Bosnia itu.