Pasukan Kelantan dilaporkan akan melancarkan jersi pasukan The Red Warriors musim 2020 pada 22 Febuari ini bertempat di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.
Dalam majlis itu nanti, dikatakan skuad bimbingan Yusri Che Lah akan memperkenalkan kepada penyokong The Red Warriors 4 jenis jersi pasukan yang akan disarung menghadapi perlawanan pada musim 2020 ini nanti.
Menurut laman Twitter Berita Bola Kelantan, 4 jenis jersi tersebut adalah;
- Jersi Home
- Jersi Away
- Alternate
- Jersi ke-4
Majlis pelancaran jersi #Trw2020, 22 Februari 2020 di SSMIV.
๐ด Home
โช Away
๐ต Alternate
โซ 4th kit๐ฒ๐ค
— ๐น๐๐ฃ๐๐ฅ๐ ๐น๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ฅ๐๐ (@TwtBolaKelate) February 17, 2020
Apa yang lebih menarik, pada 20 Febuari 2020 ini juga pembekal jersi pasukan Kelantan iaitu PUC Sport akan melancarkan jersi yang dikenali sebagai Blue Edition dan tempahan mula dibuka pada hari Khamis ini.
Selain itu, sekitar bulan Januari yang lalu Kelantan juga ada melancarkan jualan jersi edisi terhad berwarna hitam yang persis jersi edisi ‘blackout‘ yang menjadi trend beberapa pasukan.
Jika diperhatikan, secara keseluruhannya musim 2020 ini pasukan Kelantan mempunyai 6 jenis jersi yang boleh dimiliki oleh penyokong mereka yang memang gila memakai jersi pasukan kemana sahaja.
Mungkin pasukan Kelantan merupakan pasukan tunggal dalam Liga Malaysia yang mempunyai bilang jersi paling banyak setakat ini pada hemat kami.
Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Malaysia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.
Mohammed Ghaddar Ceritakan Perbezaan Liga Lubnan Dengan Liga Malaysia
Bekas Pemain Felda United, Masaki Watanabe Sertai Pasukan Kelantan?