Vietnam bukan sahaja juara keseluruhan Sukan SEA 2021, mereka turut dinobatkan sebagai juara acara bola sepak Lelaki buat kali kedua berturut-turut di Stadium My Dinh semalam.
Dengan menewaskan Thailand, 1-0 hasil tandukan Manh Dung pada minit ke 83, mereka sekaligus mempertahankan ibu segala pingat emas yang dimenangi pada tahun 2019 di Manila, Filipina.
Malah, pasukan kendalian Park Hang-seo ini menamatkan saingan dengan rekod bersih tanpa bolos dan tidak tewas dalam mana-mana perlawanan sejak di peringkat kumpulan.
Para penyokong Vietnam menganggap ini adalah kejayaan yang paling bermakna dalam sejarah bola sepak mereka sehingga bandar Hanoi lumpuh dibanjiri oleh puluhan ribu penduduk yang keluar meraikannnya.
Selepas perlawanan tamat, seluruh jalan di sekitar ibu kota negara Vietnam itu dipenuhi oleh para penyokong yang berpesta sambil mengibarkan bendera bintang kuning sehingga menyukarkan perjalanan petugas media serta atlet negara lain untuk kembali ke tempat penginapan masing-masing.
🇻🇳A sleepless night on the streets of Vietnam 🇻🇳
Vietnamese people celebrate after winning gold medal in men's football at SEA Games🥇#SEAGames2021 #Vietnam2022 pic.twitter.com/ZknkiTHl35
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) May 22, 2022
Park Hang-seo sempat memberikan komen yang cukup beremosi pada sidang media selepas selesai membantu Vietnam mempertahankan pingat emas bola sepak Sukan SEA.
“Sukan SEA adalah kejohanan yang paling bermakna bagi saya. 3 tahun lalu, Vietnam menamatkan penantian selama 60 tahun untuk memenangi pingat emas Sukan SEA. Tahun ini, Vietnam menjadi tuan rumah, saya tahu rakyat negara ini meletakkan harapan tinggi.
“Sebagai jurulatih, saya bertanggungjawab terhadap misi ini dan berterima kasih di atas sokongan rakyat Vietnam. Akhirnya saya boleh berterima kasih kepada semua pemain yang telah bekerja keras untuk mencapai kejayaan ini,” katanya.
Vietnam kini mempunyai deretan pemain muda berkualiti untuk pasukan senior dan mereka sedang membuat persiapan untuk menghadapi Piala Asia B-23 di Uzbekistan pada bulan depan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
Bangladesh Jadikan Indonesia Medan Ujian Sebelum Bertemu Harimau Malaya
Tragedi Sukan SEA: Pemain Kemboja Hampir Maut Tertelan Lidah
ACL 2022: Chanathip Terkilan Kawasaki Frontale Gagal Lepasi Peringkat Kumpulan
Jurulatih Ulsan Hyundai Salahkan Penjaga Gol Sebagai Punca Tewas Kepada JDT