Ketua jurulatih skuad kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo semalam telah diumumkan sebagai salah seorang calon dalam senarai Top 40 Forbes Korea Power Celebrity 2020.

Nama Park Hang-seo berada diranking ke 38 dari 40 selebriti tersohor di Korea Selatan dan hanya 3 orang dari dunia bola sepak ada dalam senarai tersebut iaitu Son Heung-min (ranking ke-4) dan Lee Kang-in (ranking ke-20).

Kejayaan yang dibawa untuk skuad bola sepak Vietnam telah berjaya melonjakkan nama Park Hang-seo dan beliau telha muncul sebagai role model untuk jurulatih lain dari Korea Selatan untuk mencipta kejayaan yang sama diluar negara.

EWqnM45UEAIVZUN

Setiap kali Park Hang-seo kembali ke Korea Selatan, beliau sentiasa akan ‘dihurung’ oleh stesen televisyen dan juga media untuk sesi temu bual.

Ketika skuad Sukan SEA 2019 Vietnam melakukan sesi latihan di Korea Selatan tahun lalu, nama Park Hang-seo dan pemain-pemainnya muncul sebagai keyword yang paling banyak dicari dalam internet di Korea Selatan, selain media negara tersebut sering kali menghantar wartawan untuk membuat liputan jurulatih itu di Vietnam.

Peranan Park Hang-seo Sebagai ‘Jambatan Diplomatik’ Di Vietnam

Ketua jurulatih itu juga selain memberikan impak dalam bidang bola sepak, beliau juga banyak membantu perniagaan syarikat berasal dari Korea Selatan yang datang melabur di Vietnam khasnya.

Peranan Park Hang-seo juga turut dijadikan sebagai ikon pemasaran syarikat dari Korea Selatan atau dilantik sebagai duta produk kerana hampir semua rakyat Vietnam ‘gila’ terhadap apa yang telah dicapai oleh beliau sejak memegang jawatan sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan Vietnam 2 tahun lalu.

Teruskan membaca 3 artikel padu lain berkaitan bola sepak dibawah yang dipilih untuk anda.

Kembar Kacukan Malaysia-Australia Kini Beraksi Dengan Skuad Remaja FC Den Bosch, Kelab Liga Divisyen 2 Belanda

Kelab Jepun Ini Catatkan Kerugian RM81.67 Juta Pada Musim 2019, Bakal ‘Bungkus’ Buat Kali Ke-2 Dalam Sejarah

Pemain Malaysia Buat Park Hang-seo Sakit Kepala, Peningkatan Dalam Setiap Pertemuan ‘Kacau’ Vietnam