Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF) baru-baru ini mengumumkan khidmat Park Hang-seo sebagai ketua jurulatih tidak sambung selepas kontraknya tamat pada 31 Januari 2023.
Baca Juga:
- Pembantu Jurulatih Thailand Ejek Park Hang Seo Pendek, Vietnam Buat Aduan Rasmi Ke AFC
- Siapa Sebenarnya ‘Funder’ Untuk Bayar Gaji Park Hang-seo Berjumlah RM217,000 Sebulan?
- Park Hang Seo Tidak Tidur Malam Kaji Taktikal Skuad Malaysia B-23
- Park Hang-seo Tinggalkan Skuad B-23 Tahun Vietnam
Ini bermakna Piala AFF 2022 yang dijadualkan berlangsung pada bulan Disember ini bakal menjadi kejohanan terakhir Park Hang-seo sebagai pengendali skuad kebangsaan Vietnam.
Perkembangan itu turut mengecewakan para penyokong Vietnam kerana Park Hang-seo merupakan jurulatih yang paling berjaya dalam sejarah bola sepak negara itu apabila membantu meningkatkan kedudukan ranking FIFA daripada 130 sehingga berada dalam kelompok 100 terbaik dunia.
#BREAKING đš
The Vietnam Football Federation (VFF) and the head coach of the Vietnam national team – Mr. Park Hang Seo – have come to an agreement on the termination of the contract between the two parties on January 31, 2023.#Respect đ#VFF pic.twitter.com/dhyT83rqCJ
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) October 17, 2022
Setiausaha Agung VFF, Le Hoai Anh menerusi laporan dalam thethao247 menjelaskan sebab sebenar jurulatih yang berusia 65 tahun tidak melanjutkan kontraknya.
“Sudah tiba masanya dia pergi. Dia mahu fokus kepada kerja-kerja dalam pembangunan pemain muda seperti yang diumumkan beberapa kali kepada media.
“Malangnya, kami tidak mencapai persetujuan untuk melanjutkan kontrak. VFF menghormati keputusan yang dibuat oleh Park Hang-seo,” jelasnya.
Media Vietnam sebelum ini turut melaporkan beberapa kelab sekitar Asia Tenggara termasuk Malaysia berminat mendapatkan khidmat jurulatih tersebut.
Bagaimanapun, Park Hang-seo menjelaskan beliau tidak bercadang untuk melatih mana-mana kelab dari Asia Tenggara sebaliknya mahu pulang ke Korea Selatan supaya dapat meluangkan masa bersama ahli keluarganya.
Malah, beliau mungkin melatih skuad bawah 20 tahun (B-20) Korea Selatan apabila Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) merancang untuk bawa balik Park Hang-seo menurut laporan daripada thethao247.
“Park berpendapat bola sepak Vietnam perlukan nafas baru. Dia bukan muda lagi dan mahu luangkan lebih banyak masa bersama keluarganya. Semua orang boleh tahu banyak beban yang perlu ditanggung oleh beliau,” kata ejennya, Lee Dong-jun kepada media Korea Selatan, Chosun.Â
CĂĄc cáș§u thủ nĂłi gĂŹ khi HLV Park Hang Seo chia tay ÄT Viá»t Nam? https://t.co/17Inct2JJM
— Energize New Day (@EnergizeNewDay) October 19, 2022
Antara pencapaian terbaik jurulatih itu ialah membawa skuad Vietnam melangkah ke final Piala AFC B-23 pada tahun 2018, menjuarai Piala AFF 2018 dan raih pingat emas sukan SEA 2019 & 2021.
“Park telah mengambil masa berbulan-bulan untuk fikirkan keputusan tinggalkan Vietnam.
“Dia percaya keputusan ini adalah yang terbaik untuk masa depan bola sepak Vietnam. Kalau dia umum hujung tahun ini, pemain mungkin akan memberontak dan mempersoalkan kenapa kontraknya tidak dilanjutkan. Situasi itu akan menjejaskan moral pemain untuk menjuarai Piala AFF 2022,” jelas Lee Dong-jun.