Ketua jurulatih skuad kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo dilaporkan sudah mula mengikuti kelas bahasa Vietnam hampir 2 minggu lalu selepas semua perlawanan bola sepak ditunda.
Jurulatih yang berasal dari Korea Selatan itu hanya sempat menyaksikan 2 perlawanan saingan V.League 2020 sebelum ini, mengambil peluang masa yang terluang untuk mempelajari bahasa Vietnam yang bakal memudahkan beliau berkomunikasi dengan pemain-pemainnya.
Kelas yang diikuti oleh Park Hang-seo itu adalah dengan bantuan penterjemah beliau Vu Anh Thang, dan telah disertai oleh beberapa lagi pembantu jurulatih beliau yang berasal dari Korea Selatan juga seperti;
- Lee Young-jin (Pembantu Jurulatih)
- Park Sun-gyun (Jurulatih Kecergasan)
- Choi Ju-young (Doktor Pasukan)
“Park Hang-seo mahu belajar lebih dalam mengenai bahasa Vietnam untuk mempertingkatkan pemahaman beliau mengenai Vietnam. Ini adalah perkara yang bagus untuk berkomunikasi dan bergaul dengan masyarakat Vietnam serta para pemain.
Skuad bimbingan Park Hang-seo dijangka akan berkumpul semula pada hujung bulan Mei atau awal bulan Jun bagi mempersiapkan pasukan menjelang beberapa perlawanan penting selepas ini.
3 bulan terakhir tahun 2020 ini juga merupakan jangkamasa paling sibuk untuk Park Hang-seo yang menyasarkan untuk mempertahankan kejuaraaan kejohanan Piala AFF Suzuki yang dimenangi pada edisi 2018 yang lalu.
Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.
Ini 4 Bekas Pemain Buriram United Yang Sedang Beraksi Bersama Pasukan Dalam Liga Super Malaysia 2020