Apabila Emiriah Arab Bersatu (UAE) dipilih sebagai tuan rumah kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022 pada bulan Jun ini, ada satu perkara yang telah menjadi kebimbangan jurulatih Vietnam, Park Hang-seo iaitu keadaan cuaca negara itu.
Cuaca panas melampau sehingga 43 darjah celsius bakal menjadi cabaran getir buat semua pasukan yang bertandang ke sana termasuk Malaysia.
Berdasarkan semakan kaji cuaca pada Jun tahun lalu, 14 Jun 2020 pernah merekodkan suhu sepanas itu dengan 43 darjah celsius adalah catatan paling tinggi dengan hari-hari berikutnya dalam bulan Jun konsisten merekodkan 40 darjah celsius.
Menurut laporan daripada Vietnam Express, Park Hang-seo kini sedang memerhati persiapan Indonesia, Malaysia dan UAE dalam menghadapi cuaca panas itu dan mencari lokasi yang sesuai untuk sesi latihan pusat.
“Kami perlu bersedia. Pertama, kita akan analisis persiapan pasukan lawan iaitu Indonesia, Malaysia dan UAE. Kedua, kami akan buat kajian mengenai ramalan cuaca di UAE.
“Saya akan minta Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF) memilih lokasi latihan yang mempunyai cuaca sama dengan UAE,” katanya.
Bermain dalam keadaan cuaca yang terlampau panas mampu memberi kesan kepada tekanan fizikal kepada tubuh pemain. Kesan terhadap kesihatan boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba.
Vietnam kini berada di kedudukan teratas dalan kumpulan G dengan 11 mata dan masih mengekalkan rekod tanpa kalah. Mereka akan berangkat ke UAE pada 26 Mei sebelum menentang Jordan dalam aksi persahabatan pada 31 Mei.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
Bek Kental Penang, Ryuji Utomo Dipanggil Sertai Skuad Indonesia Hadapi Kelayakan Piala Dunia 2022
Terengganu Bakal Berdepan Persipura Jayapura Dalam AFC Cup 2021 Selepas Shan United Tarik Diri
Media Jepun Ini Dedahkan Honda Keisuke Terima Tawaran Untuk Beraksi Dengan Pasukan Selangor
Wartawan Thailand Dedah Adisak Kraisorn Terima Tawaran Dari JDT